• FREE POSTAGE For Order Over RM50 I Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • i am a thief
  • i am a thief cb
  • photo_2022-12-04_16-00-41
  • photo_2022-12-04_16-00-46
DISCOUNT 15%

[BOOKU] I AM A THIEF - ACIK LANA

RM 24.65
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: Booku

Penulis: Acik Lana 


Susahnya bila tak cukup duit!

Bekerja keras siang dan malam, namun hidup Neena tak senang-senang juga. Koleksi hutang tetap meriah dikeliling pinggangnya. Sewa rumah, ansuran kereta, bil-bil yang saban bulan menuntut bayaran, lelah dia begelut demi mengubah nasib keluarga. Semput nyawa!

Tak cukup memaksa tulang empat keratnya bekerja, Neena sanggup gadai segala harta. Masalahnya bukan harta dia, tapi harta emak kat kampung. Malang sekali kerana untung pelaburan entah ke mana, rugi juga yang dapat.

Dilempar dengan satu per satu ujian, Neena benar-benar goyah. Dia kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Yes, everything! Sampai tahap homelesslah jadinya. Sedih betul, muda-muda dah papa kedana.

Namun, satu malam ajaib telah berjaya mengubah nasib Neena seratus peratus. Disaat dia terdesak untuk bertahan, satu 'hadiah' besar tiba-tiba jatuh ke riba. Kurniaan yang pasti mampu membebaskan dirinya dari segala hutang piutang. Yang mampu merealisasikan setiap angan-angan dari zaman kecil hingga zaman dewasanya.

750K! Take it or leave it?

Bermula dari saat itu, Neena bukan lagi Neena yang dulu. Takdir hidupnya mula berjalan mengikut apa yang diinginkan. Bebas. Lega. Dia sekarang sudah kaya raya dan seolah-olah mampu membeli dunia. Hebat, kan?

Tapi keseronokan Neena tak bertahan lama. Kesenangan ini dapat bersama harga yang terlalu tinggi untuk dibayar. Sekali lagi dia tersungkur, hidup dalam keadaan yang amat sukar. Malah jauh lebih sukar berbanding ketika miskin dulu.

Ketika dirinya diburu, dipukul dan diugut oleh sekumpulan samseng muncul seorang hero sebagai penyelamat. Qir Fahad memang banyak membantu, tapi hujung-hujung tetap mengharapkan balasan. Agaknya memang pupus manusia yang ikhlas dekat dunia ni.

"Marry me. Bersama I, you tak perlu lagi jadi seorang pencuri, Neena."

Marah sungguh Neena dengan permintaan melampau Qir Fahad. Dalam banyak-banyak perempuan dekat dunia ni, kenapa dia juga yang dipilih sebagai bakal isteri? Sedangkan lelaki sehebat Qir fahad mampu memiliki sesiapa saja. Pergilah petik jari tu!

Namun bila keselamatan emak dan along menjadi taruhan, Neena mula panik dan tidak senang duduk. Satu-satunya perlindungan yang dia ada hanyalah jaminan daripada Qir Fahad saja. Suka atau tak suka, kenalah kahwin juga kan? Nak selamat punya pasal.

Cuma Neena bimbang, bertambah elokkah hidupnya nanti? Atau semakin banyak masalah, konflik dan drama yang bakal menghuru-harakan jiwa?

"Neena."

"Err,ya?"

"We're gonna take a long journey. will you walk with me?"

Apa jawapan Neena?

Your cart is currently empty.
Continue shopping