• Free SHIPPING for orders over RM50 || Free BOOKMARK for all orders Shop Now!
icon-search
icon-search
  • asrama
  • jhg_202301181636_0001
  • photo_2023-01-19_12-59-03
  • photo_2023-01-19_12-59-02
  • photo_2023-01-19_12-59-02 (2)
SALE

[BUKU FIXI] NOVEL FIKSI ASRAMA - MUHAMMAD FATRIM

RM 21.17
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: BUKU FIXI

Penulis: MUHAMMAD FATRIM


"Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni." Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.

"Kalau takut kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la." Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.

"Tak, maksud aku..."

Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. "Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepta ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!" Dahlia bersuara dengan geram.

"Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit." Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya.

Percakapan maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. "Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?" kata Dahlia.

"Bagus la kalau kau faham maksud aku." Maria senyum memandang Dahlia.


PETIKAN BAB 14


Dahlia sedang menuju ke kantin ketika dia terlihat Lena, May dan Farah duduk di satu pondok berhampiran. Mungkin mereka keluar lebih awak, kelasnya tadi ada ujian. Mereka menggelar pondok itu pondok cendawan kerana rupanya. 

Usai membeli makanan, dia menuju ke arah mereka. May melahap nasi lemak dua bungkus. Walaupun kuat makan, tetap saja badannya langsing. kata Lena mungkin May kena sumpahan kurus.

"Hai ladies..." sapa Dahlia mesra sambil mengambil tempat duduk. Sempat dia mengambil sedikit kacang nasi lemak May.

"Dahlia!" May mengherot mulutnya tidak suka makanannya diganggu. Semua rakannya tersenyum. Suka mereka melihat ulah May itu.

"Kau jangan kacau beruang tu makan Dahlia. Kang merajuk dia," Lena meningkah lalu ketawa kecil. Sudahnya mereka ketawa termasuklah May.

"Tapi kan, masalahnya sekarang siapa yang tak tutup lampu bilik kita. Semalam aku yang last sekali keluar dari bilik tau, aku tutup lampu. Korang semua nampak kan? Aku rasa ada orang sengaja kenakan kita," kata Dahlia kepada kawan-kawannya. May tiba-tiba berhenti menyuap, tapi kemudian cuba berlagak biasa.

 "Kalau aku tahu siapa yang buat dajal kat kita tu, aku nak hantar dia tidur dekat pokok ara belakang asrama tu malam nanti," marah Farah teringat kakinya masih lagi sakit dengan senaman mengejut semalam.

"Aku lagi la, rasa nak tolak saja dia depan jalanraya tu biar kereta langgar sampai penyek," marah Lena.

"Patutnya orang kantin ni ambil tender kat dewan makan. baru hari-hari dapat makan sedap..." May menyampuk perbualan mereka, cuba mengubah topik.

"May, May... orang cakap pasal benda lain. Kau pula cakap pasal makanan. Kau tu, makan setangki makanan pun tetap kurus macam lidi..." Farah menyindir.

"Entah ke mana makanan dia makan tu aku pun tak tahu. Makan buang terus barangkali," Lena menambah.

Mereka duduk santai di situ sambil memerhatikan pelajar lain. Kantin pula sesak. Tiba-tiba geng Princess lalu di depan mereka. Dahlia, Lena dan Farah menjeling mereka.

"Adik Princess May, sini!" panggil Wangi.

Pantas Dahlia, Lena dan Farah memandang May. Sedang May tidak berani memandang mereka.

"Princess May. Kalau ketua panggil cepat la datang," salah seorang geng Princess memanggil lagi. Dia melemparkan senyuman mengejek ketika memandang Dahlia. Segera May terkocoh-kocoh bangun dan bergerak menuju ke arah mereka. Dia kemudiannya dibawa ke sebuah meja dalam kantin.

Kini tahulah Dahlia, Lena dan Farah siapa yang menyebabkan mereka didenda semalam. Hati mereka bagai dirobek-robek sepanjang waktu rehat itu. Rupa-rupanya May! Muka nampak macam baik! Dahlia tidak faham kenapa May sanggup mengkhianati mereka.

Your cart is currently empty.
Continue shopping