• teduh
  • cc_202302091110_0001
  • photo_2023-02-09_12-19-04
  • photo_2023-02-09_12-19-03
  • yh_202302091111_0001 - Copy
1
SALE

[CRESCENT] TEDUH ANGIN VIRAL - NOVEL MELAYU

Regular price
RM 29.70
Sale price
RM 29.70
Regular price
RM 33.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: CRESCENT

Penulis: ROSERQMOKHTAR


Mengisahkan seorang eksekutif muda yang terjebak dengan syarikat yang tidak menghargai staf-stafnya. Merasakan underpaid dan syarikat tersebut tidak layak untuk ada pekerja berprestasi sepertinya. Ada perkara yang memaksanya berhenti dan memulai pengembaraan yang tidak. terjangkakan.

Perempuan berhati baik dan sabar adalah sahabat karibnya itu selalu bernasib malang. Rupa-rupanya ada hadiah terindah yang disediakan oleh Yang Maha Hebat, Al-Mutakabbir, untuknya.

Una Natrah mengenali satu teman virtual yang mengubah nasib hidupnya. Dia menjadi seorang yang berbeza. Namun tak pernah tahu, teman mayanya itu adalah doktor viral yang popular. Mike Firman Instafamous yang mempunyai jutaan pengikut itu, merahsiakan identitinya dari pengetahuan Una.

Berlatar belakang di Malaysia dan Filipina. Dr. Firman membuktikan bahwa, belajar dan melihat dengan

pengalaman sendiri itu adalah hal yang wajib Dia juga meyakini bahwa hasil tidak mengkhianati usaha dan

semakin jauh kaki melangkah, semakin dekat mengenali diri sendiri. Kenapa Dr. Firman merahsiakan identitinya?

Apakah kesudahan seorang Una Natrah yang selalu kurang bernasib baik, apakah penghujungnya akan baik-baik saja?


PETIKAN BAB 11

PERNAH TERLUKA


Firman terjaga dari tidur yang kelam. Jantungnya berdegup yang tak biasa. Hitam mimpinya resah. Doktor yang menyukai makanan sihat itu duduk mencapai telefon untuk matikan loceng penggera. Sembari menyebut ayat-ayat suci untuk menenangkannya. Tiba-tiba fikirannya mengingatkan segala mesej dari Una yang belum dibalas. Tanpa sengaja Una Natrah sudah menjadi sebahagian dari hidupnya. Adalah tugasnya untuk menghiburkan Una setiap hari. Namun, saat itu, fikiran dan fizikalnya terlalu penat. Dia juga tidak tahu apa yang harus dibalas.

Sejujurnya, doktor yang menjaga penampilannya dengan baik itu merindukan Una. Seorang perempuan yang selalu ceria bersemangat. Berbeza dari kebanyakan wanita yang lain di sekelilingnya. Kini Una Natrah hadir di saat hatinya terbuka untuk mencari teman baharu, ruang berkasih sayang lebih daripada teman biasa. Wanita tersebut muncul di dalam hidupnya pada masa yang tepat. Walau pelbagai cara sekalipun. Kalau sudah ditentukan, pasti ada pertemuan di antara mereka berdua.

Firman teringat kali terakhir dia pernah ada teman wanita. Perempuan yang membuatnya serik untuk terlibat dengan percintaan. Dia tahu. Sebagai manusia untuk mencintai seorang manusia yang lain, memerlukan cukup ilmu dan jati diri yang teguh. Selayaknya mencintai insan lain selain dari diri sendiri. Terutamanya mencintai sebagai pasangan hidup. Sekiranya hanya mencintai untuk suka-suka atau nafsu sahaja, sememangnya itu meminta duka. Firman tidak menginginkan itu semua. Iltizamnya adalah untuk betul-betul mendalami ilmu perubatan supaya dapat memanfaatkannya sebanyak mungkin. Membantu seramai yang termampu sepanjang hidupnya. Fikirannya saat itu mulai masuk ke ruang-ruang waktu.

Kembali kisah yang tidak dapat dilupakan ketika masih mahasiswa di Oxford University, England. Oleh kerana telah selesai segala urusan di luar, Firman pulang ke flatnya dua hari lebih awal. Setibanya di apartment pelajar, Firman terus masuk ke flat yang dikongsi bersama tiga lagi teman sekampus. Dia juga harus menggunakan bilik air segera. Plan asal terganggu kerana bilik air di biliknya sedang digunakan. Cuma agak pelik. Padahal semua bilik en-suite. Tanpa memikirkan dengan lebih jauh, Firman tetap menunggu.

Beberapa minit kemudian, sepasang manusia keluar dalam keadaan berpelukan dengan gelak ketawa. Saat itu juga, Firman terkedu. Danny kawan serumahnya bersama teman wanita Firman. Iya, teman wanitanya sendiri! Berdiri tepat bertentangannya yang sedang duduk di meja studi. Lebih hebat lagi, mereka itu sedang berkongsi satu tuala! 

"What the hell you think you're doing?" Firman berdiri menyoal betul-betul di hadapan mereka.

"I thought you're still with your family. You're back early!" Danny membalas tanpa membela diri.

"Disgusting!" Firman menunjukkan muka jelek kepada Ella teman wanitanya. Kedua mereka itu terpaku bak patung cendana di kedai pakaian.

Saat itu, wajah Firman bergetar, merah padam mukanya akibat menahan amarah. Tak menunggu, dia segera melangkah keluar tanpa menunjukkan reaksi yang melampaui batas. Firman tahu wanita seperti itu tidak berbaloi untuk bergaduh.