Terbitan: DARUL MUGHNI
- Dwibahasa / Bilingual
- Edisi Terkini
- Tatacara Solat berserta rujukan lengkap, pertama seumpamanya
"Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di Hari Kiamat nanti ialah solat, maka jika baik solatnya, nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak solatnya, maka binasalah amalan-amalan yang lain." (Hadis riwayat Thabrani)
"Ajarkan Saya Solat" merupakan sebuah buku yang lengkap mengenai panduan serta tatacara solat dengan disertakan rujukan lengkap bermula daripada mengambil wuduk, bacaan di dalam solat serta doa selepas solat.
Buku ini bermanfaat bagi kanak-kanak untuk mempelajari solat dengan sempurna serta saudara baharu (muallaf). Malahan, illustrasinya berbentuk 3D yang berwarna-warni serta pergerakan dalam solat yang lebih terperinci agar para pembaca mudah memahaminya. Mudah-mudahan, solat kita akan diterima Allah. Selamat beribadah!
Kandungan
- Rukun Islam
Pillars of Islam
- Rukun Iman
Pillars of Iman (Faith)
- Azan
Azaan (call of Fardhu prayers)
- Menyahut Seruan Azan
Answering to the call of Azaan
- Iqamat
Iqamah (The call before prayer)
- Doa Selepas Azan dan Iqamat
Dua after Azaan and Iqaamah
- Syarat Wuduk dan Rukun Wuduk
Prerequisites and pillars of Ablution
- Perkara Yang Membatalkan Wuduk
Conditions that Nulify the Ablution
- Cara Berwuduk
Steps of performing Ablution
- Niat Solat Fardu
Niyyah for fardhu prayers (salat)
- Bacaan dalam Solat
Recitation in salat (prayer)
- Rukun Solat
Pillars of salat
- Syarat Sah Solat dan Syarat Wajib Solat
Conditions and preobligations of salat
- Kemuliaan Solat
Siginificance and splendour of Salat
- Panduan Susunan Saf
A Guide to Arranging the Saff (line)
- Gerakan dalam Solat (Lelaki)
Movements in Salat (Male)
- Gerakan dalam Solat (Perempuan)
Movements in Salat (Female)
- Rakaat Pertama
First Rak'ah
- Rakaat Kedua
Second Rak'ah
- Rakaat Ketiga
Third Rak'ah
- Rakaat Keempat
Fourth Rak'ah
- Zikir dan Wirid Selepas Solat
Remembrance after Salat
- Doa Selepas Solat
Dua After Salat
Rukun Islam
1. Mengucap dua kalimah syahadah
Pledging the two syahadahs
2. Solat lima waktu sehari semalam
Performing 5 times prayers daily
3. Mengeluarkan zakat
Giving alms (charity)
4. Berpuasa pada bulan Ramadan
fasting in the month of Ramadan
5. Mengerjakan haji ke Baitullah
Hajj pilgrimage to Baitullah
Rukun Iman
1. Beriman kepada Allah
Belief in Allah
2. Beriman kepada malaikat-malaikat
Belief in the Angels
3. Beriman kepada kitab-kitab
Belief in the books of Allah
4. Beriman kepada nabi dan rasul
Belief in the Prophets and Messengers
5. Beriman kepada hari Kiamat
Belief in the Day of Judgement
6. Beriman kepada qada dan qadar
Belief in Qada' and Qadar