• FREE POSTAGE For Order Over RM50 I Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • aqirah
  • lk_202212281204_0001
  • photo_2022-12-28_12-54-02
  • photo_2022-12-28_12-54-02 (2)
  • bvc_202212281205_0001

[FAJAR PAKEER] DEAR AQIRAH - NOVEL MELAYU

RM 24.65
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: WANIEL

Impian adalah milik insan yang percaya pada keindahan mimpi mereka.

Hidup Aqirah berubah sekelip mata apabila dia ditakdirkan bertemu dengan Syakir. Kerana satu kesilapan, menjadi titik pemula kisah Aqirah sebagai seseorang tak bergaji di Vila Bahagia.

Itulah sebuah kenyataan pahit yang harus ditelan, umpama mimpi ngeri yang tak berpenghujung. Impian yang tersimpan langsung terkubur di tengah landasan.

Dua jiwa yang saling bertentangan itu andai dihamparkan dalam satu ruang dan waktu, pastinya menimbulkan bibit-bibit pertengkaran.

“Tuan risau kat saya, eh?” – RADZ AQIRAH

“Tak ada maknanya. Aku cuma tak nak kau sakit aje. Nanti siapa nak buat air untuk aku?” – SYAKIR IMAN

Kehadiran Syah, adik lelaki Syakir pula bagai knight in shining armor buat Aqirah.

“Abang akan jaga Kak Qirah macam abang jaga diri abang sendiri.” – SYAHRIZAD ILHAN

Tatkala pintu hati mula terusik, sekuat mana pun mereka cuba menidakkan, nama itu sudah terpateri di dalam jiwa.

Namun, langit yang terbentang luas tidak akan selamanya cerah. Saat Aqirah mula reda dengan suratan, takdir sekali lagi mencampak Aqirah ke lembah penuh luka.

Tika cinta dan kepercayaan menjadi taruhan, apakah rasa yang mula bertunas itu mampu membatasi pengkhianatan?

Masih adakah kepercayaan yang berbaki saat duri menguasai diri?

Jika benar cinta sudah berputik, mengapa digores hati yang sedang tumbuh berpaut pada harapan?

Tolong. Jika ini kisah dongeng yang berakhir tragis, dia hanya mahu bangun daripada lenanya kerana jauh lebih indah bila bersama seperti yang terjadi semalam menggapai bahagia, mengejar impian.

__________________________________________________________________

SELESAI membuat pulut kuning di dapur dan usai solat Maghrib, aku terus terjun di atas katil dan berselubung dalam selimut. Badanku terasa sejuk yang amat walaupun kipas hanya pada kelajuan dua. Cuaca pun elok saja, tidak mendung mahupun hujan. Nafasku terasa kesat, mata terasa berat dan badan terasa panas. Aku menyentuh dahiku dan turun ke leherku. Panas betul. Rasanya kalau letak ikan mentah atas dahi aku, boleh jadi ikan masak stim. Macam dalam cerita Hagemaru tu. Tak hairanlah aku bersin dengan teruk dan tekak terasa perit petang tadi.

Tuk! Tuk!

Belum sempat aku menyelak selimut yang menutuo seluruh badan, aku dengar bunyi pintu bilik dikuak. Aku semakin mengeratkan genggaman pada selimut.

"Kak... kenapa berselubung ni?" suara Syakirah bergetar di gegendang telingaku lalu segera aku menyelak selimut, menjengulkan kepala.

"Ada apa, Kirah?" Aku tak menjawab soalannya.

"Mama panggil makan pulut kuning. Nak raikan majlis kesyukuran sekali," kata Syakirah sambil meletakkan tangannya di atas tanganku yang berbalut selimut.

"Akak tak laratlah. Awak semua teruskan aje tanpa aka," tukasku menolak ajakannya kerana aku rasa tak larat nak berjalan ke dapur walaupun jaraknya cuma satu balingan batu bak kata orang putih.

Syakirah melabuhkan punggung di sebelahku dan mengesot dekat dengan tubuhku. Dia menyentuh dahiku. "Ya Allah, panas ni kak. Akak demam ni. Lebih baik akak makan sikit, lepas tu boleh makan ubat."

Aku hanya menggeleng. Bukan aku tak nak makan, malah perut ini terasa lapar sungguh. Namun, masalahnya sekarang ini ialah aku alah kepada pulut kuning. Tak mahulah aku kalau demam ini bertambah kepada masalah yang lebih teruk.

Your cart is currently empty.
Continue shopping