Terbitan: FAJAR PAKEER
Penulis: ELVROSETH
Cinderella if you give your heart a chance, it will lead you to a kingdom of romance. There you'll see your dreams unfold, in the sweetest story ever told.
She's a forbidden apple. And that apple is mine.
Seperti Cinderella, dia juga mempunyai keluarga 'tiri' yang kejam dan dijadikan hamba di dalam rumahnya sendiri.
Tetapi, si gadis tidak selamanya begini.... Dia, Nafella. Bukan Cinderella yang mahu menjadi lemah lagi. Sehingga satu saat, dia menjadi seorang Allerednic, the reverse of Cinderella. Dirinya menyimpan satu 'kegelapan' di sebalik air mata dan kelemahan.
Kegelapan yang aneh dan bahaya...
"I don't like you in a romantic way. And I have no intention to feel about you that way." - Nafella, seorang Cinderella.
"Oh yeah? Well, at least we have the same thing in common." - Luqman, seorang Fairy godfather.
'Kaktus untuk Cinderella saya. Telefon saya kalau saya diperlukan, ya! Nanti saya datang bawa kuda putih untuk selamatkan Cinderella!' - Shah, Prince Charming.
Seorang 'Fairy godfather' yang bermulut longkang dan mukanya masam.
Seorang lagi, 'Prince Charming' yang baik hati dan tersenyum manis dua puluh empat jam.
Seorang Cinderella, hanya mahu terbang bebas seperti kupu-kupu, tetapi payah dan dia tak mampu.
Jiwanya tertanya, sampai bila?
Mampukah seorang Cinderella ini mencari 'happy ever after' seperti dalam kisah dongeng?
'Cinderella if you give your heart a chance, it will lead you to a kingdom of romance. There you'll see your dreams unfold, in the sweetest story ever told.' - Hikayat Allerednic.
Maka, tenggelamlah setiap aksara hikayat ini, di dalam khayalan yang penuh dengan riwayat kesengsaraan seorang Cinderella.
PETIKAN BAB 1
-Luqman
Umur dia genap 16 tahun, hari ini.
Baju kurung putih tersarung ditubuhnya. Dia mendongak, merenung langit. Bibirnya tak putus menyanyikan lagu sambil menyidai pakaian.
Aku ketawa sendiri sambil mengintainya di sebalik pintu dapur. Nakal! Sekilas telefon di tangan aku angkat. Gambar dia, aku tangkap.
Malam itu, aku tatap gambarnya.
Aku tak boleh tidur. Gila. Aku dah gila!
Dah kenapa dengan aku?
PETIKAN BAB 2
Luqman
Hari ini hari jadi aku. Tahun ini, aku sambut hari jadi di rumah kerana aku sedang cuti semester. Beria-ria mama suruh aku balik.
Mama siap tempahkan tiket pulang ke Malaysia untuk aku. Mama belikan aku kek. Mama belikan aku semua benda yang aku minta. Mama manjakan aku.
Mama lupa agaknya, umur aku tahun ini 22 tahun. Aku bukan kanak-kanak lagi. Tapi tak apa, aku suka dilayan seperti raja.
"Luq mahu mama kasi apa untuk birthday?" soal mama ketika kami semua berada di meja makan malam.
Mata aku jatuh pada wajah gadis yang sedang manyusun pinggan di meja.
Mama, Luq nak dia.
Bibir aku terkunci. Diam. Jantung aku tiba-tiba berdegup kencang. Bola mataku melekat hanya pada wajah Fella.
Dia leka menyusun pinggan. Jari-jemari runcing miliknya, aku perhatikan. Lekuk wajahnya, menjadi santapan mata aku.
Aku. Nak. Dia.
"Luqman?"
Suara mama memancing perhatian aku untuk beralih padanya. Dahi mama berkerut.
"Luqman okey tak ni? Your focus is not in here. You're somewhere else just now."
I can't stop staring at the angel, mama. Maybe I'm somewhere else in paradise?
"Oh! Hanya itu yang terpacul dari bibirku."
"Luqman nak apa untuk birthday?" tanya mama.
"Tak ada apa-apa, mama". Ada. Tapi mama boleh bagi ke?