• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • jejaka.png
  • nvm_202206280923_0001.jpg
  • uh_202206280924_0001.jpg

[FAJAR PAKEER] JEJAKA BLUE & GADIS HAZEL

RM 23.80
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: ARIASEVA


Harta, kuasa, darjat... semua di hujung jarinya. Nampak gah pada zahir, namun batinnnya memendam rasa yang kelam.

Ada bahagia, tetapi tiada ketenangan di jiwa, sehinggalah seseorang mengusik pandangan mata birunya.

"Awak jangan curiga pasal saya. Saya bukan gengster. Saya manusia biasa juga" - ARYAN FROY LOUISE

Dia hanya seorang gadis polos yang cantik dan masih mencari hala tuju hidup.

Tetapi, dia terlalu jual mahal sehingga tidak pernah tertarik dengan mana-mana lelaki, kecuali dia...

"Please... Awak jangan fikir awak handsome, awak boleh dapat apa yang awak nak. Dengan perempuan lain maybe ya, tapi tidak dengan saya. Saya warning awak ya, jangan pernah cuba untuk cuba. Did you get it?" - QUIN ARVIN

Perkenalan ringkas, namun terbias. Niat untuk berkawan akhirnya menjadi kenyataan.

"I don't kill people" - ARYAN FROY LOUISE

"But I do" - ARIQ FRANDY LOUISE

Bermandikan darah umpama perkara biasa. Bermain senjata api memang hobinya. Kematian dan semua itu dianggap percuma selagi namanya manusia.

Tetapi, manusia sepertinya memberi bunga indah kepada si mata hazel?

Atau si mata hazel hanya mampu merasa detak tanpa tahu siapa sebenarnya jejaka blue itu?

Antara suka dan duka, yang mana melingkari hidup mereka?

Belajar daripada kehilangan, membawa penyesalan. Belajar daripada kehidupan, membawa kebenaran.


PETIKAN BAB 1


Bagasi yang dipenuhi dengan pakaian itu ditarik kasar oleh Avrin. Hari terakhirnya di Malaysia membuatkan dia berasa sedikit gementar untuk meninggalkan keluarganya yang tersayang. 

"Bye, my room. I promise I'll come back as soon as possible, okay?" janji Avrin pada biliknya sendiri.

"Quin Avrin! What took you so long upstairs?" Datin Quin Avin menjerit dari anak tangga paling bawah rumah banglo sebesar istana itu. 

"Ya mummy. Rin turun la ni." Avrin bersuara sambil menarik bagasinya dan menggalas beg berjenama Q. Av's yang mengisi barang keperluannya menuruni anak tangga. 

Bilik Avrin yang terletak di tingkat tiga membuatkan dia turun dengan lambat kerana begnya yang terlalu berat. Lif di rumahnya itu telah lama rosak dan belum dibaiki .

Your cart is currently empty.
Continue shopping