• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • kasih.png
  • kasih.jpg
  • kasih tercipta-back.jpg
DISCOUNT 15%

[FAJAR PAKEER] KASIH TERCIPTA - YANA AGASSHI

RM 23.80
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: YANA AGASSHI



Dia umpama cahaya dalam botol kaca. Meski sekelilingnya rapuh, dia sentiasa tersenyum. Tawanya didengar sampai kampung sebelah. Gila-gila tapi polos, sudah cukup untuk menggambarkan gadis itu. 


Kedatangan Amar Luthfi di kampungnya membuatkan dia bergelar 'stalker tegar'. 


"Dari hujung rambut sampai hujung kaki, abang memang idaman Ara. Ara yakin ada jodoh kita." - NURUL ZAHRA.

Ternyata Amar Luthfi juga menyimpan rasa special buat Zahra.

"Saya bagi awak peluang. Kalau awak boleh terima kekurangan saya, kita terns ke step seterusnya. Saya tak nak cinta platonik atau cinta monyet." - AMAR LUTHFI 


Tatkala baru nak merasa manisnya percintaan, pahitnya ujian mencelah masuk. Zahra harus memilih antara cinta dan keluarga. 


Anak mana yang tegar menolak permintaan ibu sendiri? Dia memilih untuk mengorbankan rasa cinta membuak-buak pada pujaan hati demi kebahagiaan keluarganya. 


Sampai bila Ara kena kerja siang malam? Sampai biia Ara kena tinggal dalam rumah buruk ni? Sampai bila Ara kena hidup miskin?" - NURUL ZAHRA 


Bergoncang seluruh alam saat Nurul Zahra menuturkan pembohongan itu. Pembohongan yang merobek jiwa Amar Luthfi tanpa belas. 


Bersama luka dalam hati, Amar Luthfi pergi membawa diri. Nurul Zahra pula terperangkap dengan neraka yang membunuhnya secara perlahan. 

Bagaimana Nurul Zahra mampu bertahan di dalam sangkar berduri? 

Mampukah pujaan hati melepaskannya daripada sebuah penyiksaan ini? Atau dia perlu bangkit sendiri merubah segalanya? 

Untuk sebuah cinta ada hati di suatu tempat untuk menerimanya. Untuk sebuah harapan, ada kasih di suatu tempat yang tercipta.


PETIKAN BAB 1


YA ALLAH anak dara ni sorang... Tak bangun lagi, dah I pukul berapa ni? Matahari dah atas kepala, kamu masih membuta lagi tak ingat dunia,Ya Allah..." Bebelan Razila serancak tangannya yang mengutip kain baju bersepah di atas lantai bilik anak gadisnya. Geleng kepala dia melihat puteri bongsunya yang terlentang tidur di atas katil dengan sebelah kaki melekat pada dinding kayu. Terkangkang. 

"Nurul Zahra oi... Bangunlah..." Tinggi nadanya kali ini sambil bergerak pula ke arah jendela kayu lalu menolaknya membuatkan cahaya terang menyimbah masuk ke dalam ruang kamar yang tak berapa luas itu. 

Nurul Zahra yang di atas katil menggeliat dengan muka berkerut bila lenanya diganggu. Selimut nipis bercorak bunga ditarik menutupi kepala walaupun belakang tubuh sudah berpeluh dek wap panas. Nak harapkan kipas tuanya yang di atas meja sebelah katil itu, hidup segan mati tak mahu. 

Razila bercekak pinggang. Kus semangat kalau bab mengejutkan Zahra seorang. Degil tahap malaun. Nak tak nak, dia lantas mendekati katil bujang Zahra lalu menampar kuat paha anaknya itu. 

"Ah!" Zahra mengaduh sebal. Laju dia angkdi tubuh samba menggosok-gosok pahanya yang terasa perit. Dengan mata separuh terbuka, rambut serabai, dia memandang ibunya tak puas hati. 

"Sakitlah, mak..." 

"Cuba kamu buka mata tengok jam kat dinding tu. Dah pukul 11.00, Zahra oi... Bangunlah mandi sana. Tolong mak kat dapur. Ya Allah... Tak malu ke kamu kat Dina sebelah tu? Mak tengok dia awal- awal pagi lagi dah jemur kain baju kat ampaian." 

Zahra menjeling. Mulalah tu sesi membandingkan anak sendiri dengan anak jiran sebelah. Habis kisah sejak lahir diungkitnya satu per satu. Hari-hari dengar boleh naik nanah dalam telinga. 

"Dina tu baru 17 tahun, muda daripada kamu. Tapi perangai lagi matang daripada kamu. Pagi-pagi dah kemas rumah, tadi nampak pergi kedai beli barang untuk masak. Hah, senang mak dia duduk berehat saja kalau dah Dina buat semua kerja." Panjang lebar Razila berhujah. Yalah, cemburu juga dilihat anak jiran sebelahnya itu. Dahlah pandai, rajin pula. Tak ada pun dia dengar suara mak budak itu terpekik terlolong macam dia ni hah. 

Zahra menjuih lagi. Gadis genit itu turun dari katil. Menggeliat sambil menguap luas. Muka dah cantik, rnanis dipandang tapi ya Allah. Menguap pun tak tutup mulut. 

Razila menggeleng lagi. Apalah nasib. 

"Dah, dah. Mandi sekarang. Nanti abang kamu balik tengok kamu tak mandi lagi, bising pula dia," ucapnya seraya berjalan keluar dari kamar. 

Zahra mencapai tuala mandinya yang disangkut sebelah almari lalu membuntuti langkah ibunya. Mereka memasuki ruang dapur yang 100% terbina dari kayu dan

Your cart is currently empty.
Continue shopping