• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • Untitled design(132).png
  • 486225020865083.jpg
  • legasi_ketua_gengster.png
DISCOUNT 15%

[FAJAR PAKEER] - LEGASI KETUA GENGSTER by QHAYRA QHAYRIESA

RM 24.65
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

TERBITAN : FAJAR PAKEER

PENULIS : QHAYRA QHAYRIESA

TAJUK : LEGASI KETUA GENGSTER


SINOPSIS:


Kesilapan membawa padah… menghancurkan segala naluri yang ada. Adania terlalu bencikan Tengku Zaff. Kehilangan abang kembar pada keadaan yang tak dijangka mematikan jiwanya pada setiap pesona lelaki itu. 

Adania sendiri telah lama disogok kegiatan gelap Tengku Zaff yang selama ini tidak kelihatan di mata kasar semua. 

Aku akan dapatkan kau walau dengan apa cara sekalipun sebab aku yakin. Kau memang ditakdirkan untuk aku. Selamanya.” – TENGKU ZAFF 

Terlalu cinta. Perasaan itu yang menguasai jiwa Tengku Zaff sejak mengenali Adania. Meski kata-kata gadis itu lebih banyak kesat daripada lembut. Biarpun tingkah lakunya lebih kepada kasar daripada ayu.

 Janjinya… gadis itu tetap miliknya walau dengan cara apa pun. Kemunculan Akil, Kazar dan Elisya merumitkan lagi perjalanan ceritera mereka. Masing-masing mempunyai matlamat tersendiri… 

Ingin menghapuskan kewujudan Tengku Zaff dan Adania dari muka bumi. Persoalan demi persoalan mulai terangkai. Jawapan demi jawapan semakin ditemui. Membawa Adania menghampiri titik noktah yang selama ini dinanti-nanti. Sungguh kejutan itu membuat Adania patah hati. 

Namun, plot utamanya, di antara mereka siapa sebenarnya yang bersalah? 

Siapa yang harus dipertanggungjawabkan atas apa yang telah berlaku? 

Paling penting, siapa sebenarnya pembunuh sebenar Amar? 

Di saat cerita happy ending menghampiri, ada saja dendam kesumat meracuni. 

Mungkin kah kisah ini akan bertahan atau berakhir tanpa sempat melewati.

Your cart is currently empty.
Continue shopping