• 44723293
  • tgd_202206291225_0001 - Copy.jpg
  • ol_202206291225_0001 - Copy.jpg
1
SALE

[FAJAR PAKEER] RINDU DALAM 8 DOA

Regular price
RM 24.30
Sale price
RM 24.30
Regular price
RM 27.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: TIEY ANAM


Hidup ialah metamorfosis. Seperti rama-rama, metamorfosis telah mengubah hidupnya.

Dulunya dipandang hina kerana kesilapan dan sejarah disleksia, kini dia bangkit!

Permainan lama masih belum tamat! Malang terus mengejar. Segala-galanya berubah setelah dia ditugaskan untuk melindungi Qais Izman daripada gangguan lelaki yang didakwa telah mati 10 tahun lalu.

Insiden demi insiden berlaku akhirnya menemukan mereka dengan Zachary de Alves, pemilik Phantom yang baharu.

"Apa semua ni? Apa yang kau nak sebenarnya? Kenapa kau sorokkan aku?" - AISH SAKINAH

"Untuk jauhkan kau daripada Qais. I have my own reasons. All I want is you to trust me." - ZACHARY DE ALVES

Melindungi dan dilindungi pada masa yang sama, adalah sesuatu yang tak dijangka oleh Aish Sakinah. Siapakah sebenarnya Zachary de Alves?

Apakah kaitan antara lelaki itu dengan dalang di sebalik gangguan yang menimpa Qais Izman?

"To actually kidnap someone and breaking the law just to protect that someone is another level of protective instinct. Even a real bodyguard like you won't do the same." - KENICHI 

Ada teka-teki lama yang masih tidak berjawab. Kematian yang dirancang rupa-rupanya berkait dengan penyembah iblis!

Ibarat malam mengejar siang, konflik yang berlaku terus merantai pergerakan mereka.

Misteri yang melingkari kematian pemilik sebenar Phantom, siapakah dalang sebenarnya?

Permainan sudah lama dimulakan, namun penamatnya masih bayangan. Malang yang mengejar tidak berbau kerana hakikat realiti tidak semanis impian yang menyapa.


PROLOG


Imbas Kembali: Disember 1985
Lokasi: Gereja St. Nicholas, Prague

"TUHAN."

Lukisan seorang lelaki pada dinding gereja di hadapannya diteliti. Sekitar ruang dalam gereja berusia ratusan tahun ini kemas dan teratur. Hiasan dalaman gereja sarat. lukisan fresco atau warna air pada plaster dinding yang memaparkan kehidupan Saint Nicholas serta beberapa ciri yang diadaptasi daripada kitab Testamen Lama. Redup pandangan sepasang mata lelaki berusia awal 40-an itu melata pula ke arag pengunjung lain di gereja ini.

Sebuah candelier berbentuk mahkota pemberian Maharaja Rusia, Tsar Nicholas II suatu ketika dahulu tergantung pada siling gereja. Terdapat sebuah patung Saint Nicholas menghiasi sudut gereja bersama binaan air pancut dan ikan lumba-lumba.

Carl Kafka Abraham datang lagi hari ini. Dia pasang telinga mendengar khutbah yang disampaikan oleh paderi di atas altar. Setiap bait kata dan ayat yang dibacakan oleh paderi itu sudah dihafal oleh Carl. Dia juga rajin mengkaji kitab Injil. Namun, ada beberapa persoalan yang mengganggunya dan dia telah bertemu dengan ramai paderi untuk bertanyakan hal tersebut tetapi tiada satu pun jawapan yang memuaskan hatinya.

Lamunannya terhenti. Paderi Kristian selesai membaca ayat-ayat daripada kitab yang dipegang. Lelaki berjubah putih dengan selimpang kuning meleret jatuh dari bahunya membuat isyarat salib bermula daripada kepala lalu tangannya beralih ke bahu sebelum mengucup kalung yang dipakai. Carl tidak meniru tingkah paderi itu, berbeza dengan pengunjung lain.

Usai acara pertemuan yang berlangsung pada pagi Sabtu setiap minggu, Carl mengekori paderi bertubuh gempal keluar dari gereja Katolik. Salji putih melayang-layang di udara sebelum mendarat atas kepalanya. Topi hitam disarung sambil langkahnya mengekori jejak paderi melintasi halaman gereja yang dilitupi salji.

"Paderi!" laungnya.

Paderi Christopher berhenti berjalan lalu berpaling ke belakang. Dia tersenyum tatkala melihat Carl. Lelaki berkumis yang sebaya dengan anaknya itu digamit agar mengikutnya ke pejabat yang terletak bertentangan dengan bangunan gereja St. Nicholas. Gereja ini terletak di Old Town Square, Prague dan dibina sekitar tahun 1732 di atas tapak sebuah gereja lama yang musnah pada abad ke-13.

"Mari, Carl. Marilah berehat di pejabatku."