Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 | Free shipping for orders over RM100 (SEMENANJUNG SAHAJA) Shop Now!
icon-search
icon-search
  • sakti.png
  • sakti bunian.jpg
  • sakti bunian-back.jpg
DISCOUNT 15%

[FAJAR PAKEER] SAKTI BUNIAN - MARIA KAJIWA

RM 21.25
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: MARIA KAJIWA


Sebutir geliga bunian menjadi paksi kekuatan kerajaan bunian lautan sejak ratusan tahun.

"Mengikut cerita ayah aku, pilau tu memang ada bunian. Hantu pun ada." - Zahid

Pada tahun 1801 Masihi, dua orang pemuda, terpaksa berlindung di sebuah pulau yang dikatakan berpuaka. Demi menyelamatkan nyawa adiknya, Damak terpaksa mencari air sehingga tersesat di dalam hutan tebal. Dia kemudiannya diselamatkan oleh seorang puteri bunian dan dibawa ke perkampungan mereka. Sejak itu termeterailah janji antara mereka untuk bersaudara dan saling menjaga diikat dengan geliga tersebut.

Tahun 2022, empat orang dihantar ke pulau yang sama. Farid, Pak Derih, Nurain dan Elly diarahkan membawa keluar sebutir geliga dari sebuah kolam bunian dalam tempoh tiga hari. Pelbagai kejadian berlaku. Elly hilang. Nurain pengsan. Farid entah ke mana dan Pak Derih tersesat. Mereka berpecah arah dan berusaha menyelamatkan nyawa masing-masing.

"Aku bertempik. Dia pun terbang ke puncak pokok." - Nurain

"Benda-benda macam ni ada khadam dia. Ada penjaga dia. Ada pemilik dia. Kalau lepas tiga perkara tu, lepaslah. Kalau tak, memang takkan dapat." - Pak Derih

"Mari. Mari ikut nenek. Nanti benda putih tu datang sini, nenek tak boleh tolong. Ini tempat dia." - Nek Tepah.

Apakah kesudahan nasib mereka berempat?Dapatkah batu geliga itu dibawa keluar seperti yang diarahkan? Mampukah mereka berempat keluar dari pulau itu hidup-hidup?

"Sudah beratus tahun, tiada manusia yang sampai ke sini." - Nang Nurbaya.


PETIKAN BAB 1


Kuala Lumpur, 
TUBUH anak bongsunya terasa hangat dalam pelukan. Air mata Ielakinya bergenang. Untuk sejenak dia merasakan cukup bahagia dalam hidupnya. Namun masih ada ego seorang lelaki pada dirinya. Lalu kesedihan itu ditelan dengan segenap kudrat yang ada. Dia mahu pertemuan semula itu dikenang oleh anaknya sebagai satu detik yang indah. 

"Cukuplah tu!" Ibu mentuanya merentap tangan anak bongsunya. 

Dia tersenyum kelat. Tubuh anak bongsunya terlerai perlahan-lahan dari pelukan. Mereka terpisah tanpa rela. Harga yang perlu dibayar kerana kesilapan diri sendiri. 

"Lepas ni jangan datang lagi ke sini. Anak aku bukan isteri engkau lagi. Kamu berdua dah tak ada apa-apa hubungan." 

"Tapi..." Farid ingin membantah.

"Malulah sikit. Engkau tu bekas banduan. Kalau betul engkau sayangkan anak-anak engkau ni, jangan sampai twang tahu bapa mereka berdua ni pernah masuk penjara. Pernah jadi banduan." Ibu mentuanya terus membehel dengan wajah tegang. Wajah yang memendam seribu kemarahan dan kebencian.

Farid terdiam. Dia melihat tatapan meta anak bongsunya yang polos. Wajah yang hanya sempat ditatap beberapa bulan sebelum dia ditangkap dan dipenjarakan atas kesalahan jenayah. Dia memang tidak Iayak mengaku dirinya seorang ayah. 

"Aku tak mahu engkau jumpa anak aku lagi. Dia dah nak kahwin dengan orang lain. Budak-budak ni akan dapat dapat ayah yang lebih haik. Engkau lupakan sajalah mereka semua." Ibu mentuanya berpaling pergi sambil menarik tangan anak bongsunya. 

Dia hanya mampu memandang sehingga pintu rumah ditutup rapat. Mungkin benar, dia tidak botch kembali ke mesa lalu. Masa lalunya sudah lama berakhir.

"SUSAH nak cari kerja sekarang... yang kena buang kerja pun berlambak-lambak. Kilang dipenuhi warga asing. Bisnes banyak yang lingkup." Kawan Farid yang bernama Abu mengeluh. Farid datang ke warung milik Abu yang terletak di bawah sebuah jambatan. Di atas meja, dua gelas teh menjadi saksi pertemuan itu.

 
"Dab banyak tempat aku pergi." Cukup sampai di situ kata-katanya. Dia tahu Abu memahami. 

"Aku dah lalui semua tu. Kalau orang biasa pun susah dapat kerja, inikan kita yang ada rekod. Sebab tu aku buka warung ni." 

"Dari mana engkau dapat modal?" tanya Farid pula.

 Nampaknya itu sajalah cara terakhir untuk dia mencari rezeki. Berniaga meskipun itu tidak pernah dilakukan seumur hidupnya. Cuma semasa di dalam penjara, ada juga kemahiran yang dia pelajari. 

"Aku pinjam kawan. Bayarlah sikit-sikit."

"Boleh rekomenkan aku?" Farid pandang muka Abu. Bersedia untuk dikecewakan. Setelah ditolak dan dihina berkali-kali.


Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.