• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • salahkah aku menanti
  • salahkah aku menanti cb
  • photo_2022-11-02_16-57-47
  • photo_2022-11-02_16-57-43
DISCOUNT 15%

[FAJAR PAKEER] SALAHKAH AKU MENANTI

RM 23.80
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: Fajar Pakeer

Penulis: Embun Mawar

Persahabatan yang terikat sedari kecil telah menghadirkan suatu kemanisan yang luar biasa di hati mereka. Saling melindung dan menjaga walau dalam apa jua keadaan yang mendatang. Sahabat terbaik yang tiada galang gantinya, hanya maut yang akan memisahkan Irish dan Fateh.

"Kan aku dah pernah promise, aku dan kau adalah satu... sakitnya kau, dua kali ganda sakit untuk aku, Iris. Sakitnya aku maka akan berganda-gandalah sakit kau"- Ahmad Fateh Aryan

"Tak baiklah....nanti jadi doa! Apa pulak aku kena tahan sakit kau yang berganda-ganda"- Iris Athiyyah

Tetapi, segalanya berubah akibat salah faham. Hatinya luka tak berdarah. Siapa Iris untuk menghalang?

Berkorban segalanya untuk lelaki itu adalah perkara pertama yang akan dia lakukan di sepanjang hidupnya.

Fateh bahagia menyulam cinta bersama isteri tercinta. Sehinggalah, kebahagian yang disangka akan kekal sampai bila-bila berakhir dengan tragisnya. Hanya kerana amanah yang diberi kepada Iris tidak dilaksanakan dengan selayaknya. 

"Kau tak pernah rasa hilang orang yang kau cinta,Iris. Tak pernah! jangan tanya kenapa aku tak boleh maafkan kau!"- Ahmad Fateh Aryan

Saat Iris mula menerima takdir, sekali lagi takdir itu mengheretnya ke lembah derita!

Bagaimana mampu Iris menggantikan temoat itu jika jiwa Fateh terlalu mencintai Afiyyah?Dan mampukah dia mengubati luka jika dia........ kekecewaan lelaki itu?

Sampai bila ruang derita memaksa untuk dia berkorban berulang kali? 

Bukan kau yang tak boleh hidup tanpa aku, Fateh. Tapi aku. Aku yang tak boleh hidup tanpa kau.

Maknanya cinta ini telah merasuk sebuah permainan yang mengorbankan dua hati, walhal mereka adalah rasa yang tidak mampu dijelaskan dengan kata-kata.


Your cart is currently empty.
Continue shopping