• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • amalan.png
  • wdswd.jpg
  • ssd.jpg
DISCOUNT 15%

[GALERI ILMU] AMALAN MENGANGKAT DARJAT

RM 10.20
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: GALERI ILMU

Penulis: USTAZ JAFRI ABU BAKAR MAHMOODI


Amalan mudah dan biasa, dari bangun tidur hingga tidur kembali.


KANDUNGAN 


Muqaddimah

1. Qiamullail
2. Solat Sunat Tahajud
3. Solat Sunat Taubat
4. Solat Sunat Hajat
5. Solat Sunat Tasbih
6. Solat Sunat Witir
7. Amalan Waktu Subuh
8. Amalan Selepas Terbit Matahari
9. Amalan Waktu Zuhur
10. Amalan Waktu Asar
11. Amalan Waktu Maghrib
12. Amalan Waktu Isyak
13. Amalan dan Adab Ketika Hendak Tidur
14. Lampiran
      * Wirid al-Qusyasyiah
      * Wirid Rabbani
15. Sanad



BAB 1: QIAMULLAIL


Qiamullail bererti bangun mengerjakan solat, bertakbir membesarkan Allah dan bertasbih mensucikanNya, berdoa pada waktu malam.

Sabda Rasulullah SAW: Hendaklah kamu berqiamullail (bertahajud) kerana ia merupakan perjalanan orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya qiamullail mendekatkan kamu kepada Allah, menghalang melakukan dosa. kifarah di atas kejahatan dan mencegah penyakit daripada badan.

(Riwayat Tirmizi)

Kita perhalusi satu per satu:
1. Solat Sunat Tahajud Solat Tahajud adalah solat untuk mengelak daripada tidur kerana ia adalah solat pada akhir malam. Fadilat solat ini sangat besar.

Allah SWT berfirman: Dan daripada sebahagian malam bertahajudlah kamu sebagai solat tambahan bagimu,  semoga Tuhanmu menempatkanmu di tempat yang terpuji (Al-Isra' 17:79)


BANGUN TIDUR 

Setiap hart kita diizinkan Allah untuk hidup kembali setelah beberapa jam dimatikan oleh Allah, atau dengan kata lain, menikmati nikmat tidur yang nyenyak. Islam telah menganjurkan sunnah yang sangat baik iaitu membaca doa bangun tidur, seperti berikut:

Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan kami setelah dimatikan (tidur) dan kepada-Nya (Allah) kami akan dikembalikan.


BERSIHKAN TUBUH BADAN 

Biasanya jika kita bangun tidur, pasti kita tidak sedar, apa yang berlaku sepanjang kita tidur. Mungkin najis keluar dari mulut seperti air liur basi, ataupun keluar dari kemaluan, sama ada bermimpi, ataupun yang seurnpamanya. Jika bermimpi yang menyebabkan hadas besar, wajiblah kita mandi. Jika yakin tidak bermimpi, namun bersihkan juga badan. Kemudian, bersugi dan mengambil wuduk untuk persediaan solat sunat (qiamullail).


Waktunya: 

Waktu untuk solat Tahajud adalah selepas solat Isyak dan selepas bangun daripada tidur. Masa yang paling utama untuk bertahajud ialah pada waktu sahur iaitu akhir malam, sekiranya kita tidak akan tidur kembali. la menghubungkan qiamullail di akhir malam dengan solat Subuh. Jumlah rakaat tidak dihadkan dan sekurang-kurangnya sebanyak dua rakaat.

Lafaz niat bagi solat Tahajud:


Sahaja aku solat sunat Tahajud dua rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan surah selepas al-Fatihah tidak ditetapkan. Boleh sahaja dibaca sebarang surah yang diingini. Selepas solat Tahajud, hendaklah memperbanyakkan doa' dan beristighfar kerana waktu ini merupakan:


1. Ada turutan (keutamaan) dalam membaca doa, iaitu: 

* Mulakan dengan memuji Allah
* Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda dan para Sahabat. * * Memohon keampunan untuk diri sendiri, kedua ibu bapa, isteri serta anak-anak dan       seluruh kaum Muslimin.
* Memohon dicukupkan keperluan di dunia; rezeki halal, dipanjangkan umur, dijauhkan daripada Bala, direzekikan rasa kemanisan dalam beribadah.
* Memohon dikurniakan husnul khatitnah, mati dalam keadaan beribadah kepada Allah dan dijauhkan fitnah ketika sakaratul maut.


Your cart is currently empty.
Continue shopping