Terbitan: Gempak Starz
Penulis: Sayoko Fujiwara
Siapakah tak kenal Aikawa Shokora, pembuat coklat boleh tunaikan hajat? Sebagai bayaran, dia akan ambil sesuatu paling penting milik pelanggan. Hari ini pun ada yang datang kedai 'Chocolat Noir' sebab tertarik dengan aroma manis coklat. Sudah pasti ada sesuatu yang dihajati.
Suka dan sanggup galas tugasan diamanahkan demi Akademi Seihyou. Bukan saja melibatkan akademi, malah hostel. Begitulah sikap terpuji Ai, pelajar menengah perempuan yang juga dikehendaki memantau murid bernama Sorbet.
Tapi, bagaimana pula bab berkawan? Apa punca Saki iaitu kawan baik Ai, bengang dan marah sangat padanya? Ai sendiri buntu. Sejak itu, bermulalah episod insiden demi insiden di akademi dan hostel.
×
×