• Free SHIPPING for orders over RM50 || Free BOOKMARK for all orders Shop Now!
icon-search
icon-search
  • baton.png
  • plm_202203271704_0001.jpg
  • mbn_202203271705_0001.jpg
SALE

[IDEA KREATIF] BATON CINTA - SUFEA HAREEZ

RM 22.95
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: IDEA KREATIF

Penulis: SUFEA HAREEZ


Pertemuan yang memalukan tanpa diduga membawa mereka ke pertemuan kedua yang berakhir dengan sebuah akad.

"Kita kahwin." - Jaidan 

"Awak tak perlu kasihankan saya, jaidan." - Juwita 

Juwita fikir dia kuat tapi bila bakal diperjudikan, dia terpaksa akur untuk menjadi isteri Jaidan walau itu yang paling dia tak mahu berlaku dalam hidupnya. 

Dalam Juwita mencari keserasian hidup sebumbung bersama Jaidan, ujian datang bertimpa-timpa menyebabkan Juwita mengalah dengan ketentuan hidup. 

"You can run but you can't hide, Ju." - Jaidan 

Laluan untuk Jaidan menyemai benih cinta terhadap Juwita menjadi sukar apabila Firman jadi penghalang. 

"I don't ask much, Ju. Buat saya percaya, cukuplah." - Jaidan 

"Antara kekasih dan sahabat, saya pilih sahabat."- Juwita 

"Saya takkan paksa awak buat pilihan, Itu janji saya." - Jaidan 

Tanpa diberi pilihan, Jaidan menuntut hak kecilnya sebagai seorang suami ke atas Juwita. Bagi Juwita, semua lelaki sama sahaja. Ambil kesempatan ke atas dirinya yang lemah. 

"Just go, JD. Sama ada awak yang pergi atau saya." - Juwita 

"Awak adalah baton yang saya akan genggam ke garisan penamat, Ju." - Jaidan 

Mampukah Jaidan mengotakan janjinya setelah bekas kekasihnya muncul kembali? 

Demi rahsia dan maruah Juwita, mampukah Jaidan pertahankan rumah tangga mereka? 


PROLOG


Juwita bingung. Bingung sebingungnya. Tak pernah terfikir ini kesudahannya. 

Sememangnya dia amat memerlukan bantuan daripada Jaidan. Untuk menyuraikan majlis kerana tiada pengantin untuk dinikahkan. 

Lain pula jadinya. Sekelip mata statusnya berubah. Tak diduga semudah itu dia menjadi isteri orang. 

Dengan orang asing pula.

Bayangkan malam ini adalah pertemuan kedua mereka. Juwita telah menjadi isteri kepada Jaidan. 


Lelaki ini benar-benar buat kejutan. 


PETIKAN BAB 1


DIA dan Jaidan menjadi pengantin gantian untuk Hannah dan Firman. 

Seluruh dewan sepi seketika. Undangan mengambil masa nak memahamkan kronologi kejadian yang menyebabkan pengapit pengantin dinikahkan. 

Tenang Encik Salleh, papa Hannah membuat pengumuman. 

Tenang juga duduk Jaidan saat Tok Kadi menerangkan itu dan ini. Apa yang perlu mereka lakukan. 


Perkahwinan tanpa persediaan begini memanglah banyak perkara susulan yang perlu dilakukan. 


PETIKAN BAB 2


Jelingan tajam yang Juwita berikan sebaik melangkah masuk ke dalam ruang empat segi melebarkan senyuman Jaidan sehingga menampakkan baris gigi yang putih. 

"Saya tak tahu di mana isteri saya tinggal. Masukkan alamat awak dalam ni." 

Jaidan menghulurkan telefon bimbitnya yang sedia terbuka aplikasi Waze ketika lif membawa mereka turun. 

Jika Juwita tunjuk arah jalan. esok nak ke rumah Juwita semula tentu dia sudah lupa. 

"That's my girl" Puji Jaidan sebaik Juwita merampas kasar telefon di tangannya bersama jelingan. 


Dihadiahkan jelingan maut pun tak mengapa asalkan Juwita sudi memberikan dia alamat rumah.

Your cart is currently empty.
Continue shopping