Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 | Free shipping for orders over RM100 (SEMENANJUNG SAHAJA) Shop Now!
icon-search
icon-search
  • pemilik.png
  • yhg_202203271703_0001.jpg
  • eds_202203271704_0001 - Copy.jpg
DISCOUNT 15%

[IDEA KREATIF] PEMILIK HATI RAFIE - LAYDEE AMARFI

RM 24.65
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: IDEA KREATIF

Penulis: LAYDEE AMARFI



Pencarian isteri A.Rafie berakhir apabila dia bertemu dengan Natasha, stafnya sendiri. 

"I'm looking fora woman to marry."- Rafie 

"Rich hot dude macam you ni Tuan Rafie, banyak perempuan di luar sana beratur untuk jadi wife you." - Natasha 

Terperangkap dalam mainan Rafie, Natasha akhirnya bersetuju mengahwini duda kaya itu. Dia akur pada prinsip dirinya yang cintakan wang. Tapi tanpa diduga, rupa-rupanya ada harga yang dia perlu bayar untuk kehidupan barunya itu. 

"This is the real me, Nat. The real me yang hanya wife I punya privilege I untuk kenal." - Rafie 

"I don't want to know the REAL you. Tak perlu tunjukkan pada I"- Natasha 

Tak cukup hidupnya kucar kacir sebaik menjadi isteri Rafie, kemunculan Zachary memaksa Natasha berdepan dengan kisah silam yang selama ini cuba dirahsiakan. 


"Mungkin ini balasan untuk I kerana tinggalkan you dulu." - Zachary 

Dalam kesibukan menepis gangguan Zachary, Natasha terpaksa juga melawan perasaan yang mula seronok dimanjakan Rafie. Hati mahu setia, tapi akal masih degil tak menerima. Dia tidak percaya Rafie akan selama-lamanya berada di sisi. Dan kerana kedegilan itujuga, Natasha akhirnya ditinggalkan. 

"You jahat, Rafie."- Natasha 

"Kalau I tak buat begini, adakah you akan sedar yang you sayangkan I?" - Rafie 

Bagi Rafie, wanita yang boleh mencuri hatinya bukanlah mudah untuk dicari. Kerana itu, Rafie tetap menerima walaupun dari awal lagi dia sudah tahu tentang Natasha yang dikenali hari ini, satu masa dulu pernah melintasi jalan takdirnya. 

Tapi adakah dia mampu mengubah hati Natasha yang sudah terlalu lama dibiarkan dingin dalam kegelapan itu? 


PETIKAN BAB 1


HAPPY 5th ANNIVERSARY.

Satu per satu Rafie renung patah kata di dalam kad ucapan di tangannya. Perlahan-lahan mata bergerak ke jambangan bunga dan kotak hadiah yang terpampang gah di atas meja. 

Kad sebesar tapak tangan itu direnyuk sehingga langsung hilang bentuk asalnya. Kemudian dicampak ke arah pintu. Tak mencapai tempat yang dituju, gumpalan kertas tebal itu jatuh ke atas lantai. Terbiar sepi di situ. 

Lama Rafie diam memujuk api yang membahang di dada. Yakin emosinya sudah berjaya dikawal, dia menekan butang interkom. Lima saat kemudian, setiausahanya muncul di muka pintu.


"Throw them out." Ringkas arahannya keluar. 

Bunga, kad ucapan di atas lantai dan kotak kecil hadiah yang Iangsung tidak teringin hendak dibuka. Tiga sampah itu sepatutnya dicampak dari rooftop. Biar satu dunia tahu, Rafie tak akan pernah mengulang kesilapan lalu. Dia sekarang lebih bijak menilai, yang mana hadiah dan yang mana sampah. 

Tak menunggu lama, setiausaha itu tunduk laju mengutip kad di lantai. Dengan kepantasan yang sama juga disauk jambangan bunga dan kotak di atas meja. 

"And please..."

Pergerakan wan ita itu terhenti sebaik terdengar lagi suara Rafie. Tak jadi hendak berpusing dan keluar.

"Apa saja gift, buang terus kalau pemberinya adalah manusia yang sama."

" Will do. sir."

Pintu pejabatnya kembali tertutup rapat. Tinggal Rafie sendirian merenung permukaan meja. Tajam matanya memandang ruang yang Baru saja dikosongkan oleh setiausahanya tadi. 

Manusia gila mana yang menyambut ulang tahun perkahwinan vvalaupun sudah bertahun-tahun bercerai?  

Vivi nampaknya mula hendak mengubah taktik. Sebelum ini dia akan mula terus menghantar hadiah ke tempat tinggal Rafie. Tahun lepas, cufflinks bertatahkan berlian. Tahun sebelumnya, tali leher jenama Stefano Riccie. Sebelum itu, pernah juga menghantar lukisan berharga jutaan ringgit! 

Bukan sembarangan semua hadiah yang dihantar. Tetapi kalau dibeli dengan wang lelaki lain. apa gunanya? Rafie bukannya miskin duit. Dia tidak perlukan semua itu. Dia malah boleh membeli beratus lagi benda yang lebih mahal daripada itu. 

Sekali lagi menekan interkom di atas meja, Rafie mahukan Pembantu Peribadinya pula untuk masuk. Sedikit lama masa yang diambil oleh Hardy untuk muncul. Si PA mungkin tidak berada berhampiran. 

"Is it time?" Dengar saja bunyi pergerakan di belakangnya, Rafie terus menyoal tanpa melihat gerangan yang masuk. Kerusi yang dipusingkan menghadap dinding untuk melihat pemandangan luar, kekal di posisi yang sama. 

"Pardon?"

"Adakah masanya dah tiba untuk aku cari seorang isteri?" Rafie menukar bentuk soalannya seraya memutarkan semula kerusi ke hadapan. Bertentang mata dengan Hardy. 

Hardy berdeham. Teragak-agak hendak menjawab kerana point soalan itu tidak pernah dijangka ada tersenarai dalam perkara yang mungkin akan dilakukan oleh Rafie. 

"You're 37. I would say... yes. maybe it's time for you to marry again."


Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.