Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 | Free shipping for orders over RM100 (SEMENANJUNG SAHAJA) Shop Now!
icon-search
icon-search
  • LIMIT.png
  • yhg_202203271703_0001 - Copy.jpg
  • eds_202203271704_0001.jpg
DISCOUNT 15%

[IDEA KREATIF] SAYANG TANPA LIMIT - CIK AMAL AMINA

RM 23.80
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: IDEA KREATIF

Penulis: CIK AMAL AMINA


"Dalam peti, ada ais. Assalamualaikum, Ulya binti Uwais." - Tariq 

Pertemuan empat mata dengan Tariq di Village Grocer telah membuka kembali lipatan sejarah yang ingin Ulya lupakan. Pertemuan yang membuatkan hidup Ulya selepas itu sentiasa dibayangi oleh si bekas tunang dan pantunnya.

"Orang utan makan pisang. ,Pisang, ditanam oleh Lulu. langan menangis lagi sayang. Nanti saya upah bahulu" - Tariq 

Tariq datang bersama misi untuk Menawan kembali hati Ulya, tetapi bukannya mudah. Lagi-lagi bila dalam hati Ulya masih tersimpan rasa dendam dan trauma pada si duda. 

"Sayang saya, tapi sanggup curang dengan Nilam!"- Ulya 

"Setia saya hanya untuk awak, Ulya." Tariq 

Walaupun Ulya masih benci, namun kerana Umar, dia sanggup terima Tariq sebagai swami. 

"Umar jangan risau. Abang Tariq bakal jadi abang ipar Umar. Macam yang Umar nak selama ni." - Ulya 

Walau dilayan bak bidadari setelah menjadi isteri Tariq, jauh di sudut hati Ulya masih tersimpan rasa sangsi. Bila rasa benci dan sangsi mula pudar, tiba-tiba semuanya terpaksa berkubur begitu saja. 

Segala yang berlaku tiga tahun lepas kembali terbongkar satu-persatu sehingga Ulya harus memilih antara dua lelaki yang dia paling sayang dalam hidup. 


Antara Umar dan Tariq, siapa yang akan menjadi pilihan utama Ulya? 

Adakah Umar bin Uwais yang sentiasa setia di sisi Ulya sejak dari dulu lagi? 

Atau...Ahmad Tariq bin Ahmad Tarmizi yang sentiasa buat hati Ulya bermekar indah dengan bunga cinta?


PETIKAN BAB 1



SAAT mata bertentang mata, hati yang terluka kian parah Iukanya. Api benci dan marah yang tak pernah padam selama ini, kembali membara dan terus menyeksa jiwa. 

Kisah lama yang cuba dilupakan mula berputar dalam ingatan bak pita rakaman dan selamanya akan kekal sebagai memori buruk dalam hidup seorang perempuan bernama Ulya binti Uwais.



Semuanya gara-gara manusia yang bernama Ahmad Tariq bin Ahmad Tarmizi. Lelaki yang tinggalkan kenangan paling buruk dalam sejarah hidup aku. Dah tiga tahun berlalu, tetapi sakitnya masih terasa. Lagi-lagi bila tengok senyuman manis yang terukir di wajahnya. Senyuman bak pisau tajam yang menoreh hati aku hidup-hidup.


PETIKAN BAB 2


Sambil dia jual pantun. sambil dia tepuk dada sendiri. Mungkin nak tunjuk yang dia tu Ahmad Tariq. Cara dia seolah-olah kami tak pernah kenal langsung. Sampai nak kena beritahu nama penuh bagai.

 "Ahmad pergi sekolah pakai kasut Bata. Siapa gerangan gadis di depan mata?" Dia tunjuk muka aku pakai ibu jari. 

Fed up! 

Penat nak melayan pantun dua kerat dia yang bagai tiada henti. Dah serupa mesin pengeluaran pantun aku tengok. Kenapa dia macam ni? Pura-pura tak kenal. Padahal hakikat yang sebenar dia kenal aku. 

Takkan dia hilang ingatan? 

Tak mungkin. 

Nampak dia macam orang sihat je. Lagipun. cara dia bercakap tak macam orang hilang ingatan tapi gaya orang nak perangkap. Dan tak mungkin dalam dua minggu ni, dia boleh lupa semuanya dalam sekelip mata. Sangat mustahil. 

Lama aku jadi patung cendana depan pagar rumah. Sebelum akhirnya, tangan naik menampar pipi sendiri. Tak kuat dan tak juga perlahan. Cukup untuk bagi pengajaran di atas kebodohan sendiri. 

Sekarang dah faham kenapa dia jadi macam orang hilang ingatan. Macam orang bodoh. Ni semua sebab permintaan dekat Village Grocer hari tu. Aku yang minta kami buat-buat tak kenal antara satu sama lain. Tapi akhirnya, aku juga yang lupa.

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.