Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 | Free shipping for orders over RM100 (SEMENANJUNG SAHAJA) Shop Now!
icon-search
icon-search
  • yang sudah.png
  • plm_202203271704_0001 - Copy.jpg
  • mbn_202203271705_0001 - Copy.jpg
DISCOUNT 15%

[IDEA KREATIF] YANG SUDAH TERTULIS - ELLA AFFANDY

RM 21.25
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: IDEA KREATIF

Penulis: ELLA AFFANDY


Pertemuan tidak terduga dengan Aariz, memerangkap Zara untuk terus ten kat dengan lelaki itu. 

"Awak nak saya minta maaf, then saya minta maaf."-Zara Isabelle 

"Aku terima kata maaf bersyarat. Take it or leave it."- Aariz Azfa 

Dan Zara hanya ada satu pilihan saja, menjadi isteri pada lelaki bermata helang itu. 

Apabila ikatan suami isteri termeterai, Aariz seakan lupa janji sendiri. Kini dia tak mahukan sekadar suami atas kertas semata, dia mahu menjadi suami yang sebenarnya.

 "Awak nak apa?"- Zara 

"Aku nak kau."- Aariz 

Dalam tak suka, Zara mula sedar Aariz adalah pelindungnya di saat dia memerlukan. Sedikit demi sedikit, cinta mula bersemi. Cemburu mula membakar. 


"Betul ke sakit kepala?" -Aariz 

"Sakit dada tengok muka ex awak." - Zara 

Bila ada pihak cuba menjadi racun dan Aariz bagai membenarkan, Zara mula berjauh hati. Dia diamkan diri untuk mencari tenang sendiri

 "Jangan sampai aku repot kau hilang."- Aariz

 "Tolong repot akal awak sekali. Hilang atau tertinggal dekat semenanjung."- Zara 

Mampukah kedua-dua mereka mempertahankan rumah tangga yang terbina atas dasar terpaksa dan dipaksa itu sehingga ke penghujung? 

"Aku tahu lagi halal haram, Zara. Bukan semua aku main terkam saja hanya sebab aku bernafsu." - Aariz 

Masihkah ada harapan untuk Zara dan Aariz bersatu semula dan kembali menyemai cinta? Atau hanya dibiarkan takdir mencari sinar bahagia buat mereka berdua. 


PETIKAN BAB 1


RUANG lobi agak lengang saat Zara labuhkan duduk di sofa di ruang menunggu. Pandangan mata tersorot jauh ke arah kaunter pendaftaran sambil dia mengurut pelipis dan dibawa naik ke dahi. 

Sakit kepala sejak pagi tadi langsung tak surut-surut walau pil tahan sakit dah ditelan dua biji. 

Kepala terlentok ke kiri dan mata terpejam rapat. Kalau ada bantal ketika ini pasti dah lena dia dibuai mimpi. 

"Cik Zara." 

Mata terbuka dan kepala menoleh ke arah suara. Tertangkap saja wajah manis bertudung pada lensa mata, terlorek senyum nipis di bibir Zara.


PETIKAN BAB 17


ZARA sedang tahan diri dari meletuskan amarah. Walau dia tidak ditarik masuk ke dalam kereta, namun kalau orang yang memaksanya bernama Aariz, apa yang boleh dia lakukan. 

Dalam kepala dia tak dapat bayangkan pertemuan antara Cik Airaa dan Aariz sebentar lagi. Kalau meja makan terbalik pun dia tak hairan kalau dilihat pada hubungan di antara kedua-dua beradik ini. Belum lagi ditambah dengan kehadiran  Dato' Bahar. Tak terbayang dek akal, bakal ada pertembungan tiga penjuru. 

Tiba-tiba saja Zara mengeluh sendiri. 

Aariz yang tadi hanya fokus memandu, menoleh apabila mendengar keluhan si gadis di sebelah. Pakej dengan dahi berkerut seribu.


PETIKAN BAB 18


Perut lapar dan malas nak keluar, jadi di sinilah Zara dan Soraya menjamu selera. Kafe yang berada di tingkat bawah bangunan Binari Jaya. 

Lagipun kalau makan di sini tak adalah macam terkejar nak batik ke ofis semula. Boleh tenang-tenang saja menjamu selera. 

"Phone you bunyi." 

Soraya muncungkan mulut ke arah beg Zara di atas meja. Dari tadi telefon menjerit minta diangkat. 

"Blarlah, nanti diamlah tu." 

Zara terus sedut jus oren. Dah alang-slang hidupnya muram bermasalah dua tiga hari ini. min"' air jus oren masam pun dah tak terkesan apa-apa.

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.