• keluarga
  • ujhg_202211011156_0001 - Copy
  • photo_2022-11-02_11-55-03
  • photo_2022-11-02_11-55-04
  • kmn_202211011157_0001 - Copy
1
SALE

[IMAN PUBLICATION] KELUARGA YANG SETIA MENYAYANGI DALAM AL QURAN

Regular price
RM 31.50
Sale price
RM 31.50
Regular price
RM 35.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: IMAN PUBLICATION

Penulis: SYAARI AB RAHMAN


Keluarga yang bahagia bukanlah keluarga yang tiada masalah.

Bahagia bukanlah bererti tiada anak yang tidak mendengar kata. Ia hadir apabila ibu bapa tidak putus asa dan terus mendidik, seperti Nabi Nuh AS dengan anaknya.

Bahagia bukanlah bermakna tiada konflik antara suami dengan isteri. Ia datang ketika pasangan itu berusaha bersama-sama mengatasi masalah dengan penuh sabar, umpama Nabi Muhammad SAW dengan para isterinya.

Bahagia bukanlah bermaksud tiada adik-beradik yang menyakitkan hati. Ia muncul saat kita percaya bahawa perubahan memerlukan masa, laksana Nabi Yusuf AS dengan adik-beradiknya.

Melalui buku ini, Ustaz Syaari membawakan asam garam berkeluarga yang dilalui sendiri oleh watak-watak dalam al-Quran.

Hakikatnya, tiada sebuah keluarga yang sempurna di dunia ini. Mengharap sempurna itu memeritkan. Kerana itu, kita harus memilih untuk terus menyayangi, walau apa jua cabaran yang melanda keluarga kita.


Memimpin Keluarga Dengan Teladan Para Nabi


Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling sibuk. Paling kurang, ada empat 'jawatan' yang Baginda SAW pikul. Pertama, sebagai Rasul Allah SWT. Wahyu belum berhenti dan masih konsisten diturunkan. Kita perlu faham, apabila ayat al-Quran turun, Baginda SAW tidak terus bacakan kepada para sahabat. Baginda SAW akan huraikan sehingga para sahabat memahaminya. Seluruh sahabat perlu mendengar ayat al-Quran yang baru diturunkan.

Tugas pertama ini sahaja pun sudah mengambil masa, ibarat tok guru besar. Tugas kedua nabi ialah Perdana Menteri atau ketua negara yang bukan hanya menguruskan kaum Ansar dan Muhajirin tetapi juga Yahudi dan Nasrani dalam Madinah, serta menyantuni duta dari negara asing. Baginda SAW juga komander perang. Dalam mana-mana misi peperangan, Baginda SAW akan mengetuai mesyuarat dan perang itu sendiri. Tambahan lagi, Baginda SAW juga bertugas sebagai imam di Masjid Nabawi dalam setiap solat fardu.

Rasulullah SAW sibuk tetapi Bagiinda SAW sangat disayangi oleh para isteri Baginda SAW kerana Baginda SAW menjadi teladan dalam hal-hal berbakti khidmat pada isteri. Hari ini, ada ramai orang ghairah berpolitik tetapi alangkah rugi jika isteri dan anak-anak di rumah tidak dapat merasai kasih sayangnya.

Satu ketika, Safiyyah RA, salah seorang isteri Rasulullah SAW mencari Baginda SAW kerana ada masalah yang mahu diluahkan. Didapati baginda SAW sedang beriktikaf di masjid. Apabila menyedari Safiyyah RA datang, Baginda SAW lapangkan masa untuk mereka berbincang. Selesai perbincangan, Baginda SAW menemani Safiyyah RA pulang ke rumah. Inilah akal budi (common sense) seorang suami yang bertanggungjawab menjaga dan membela isteri. Baginda SAW tidak pula menyuruh isterinya pulang sendiri, supaya dapat terus beriktikaf.

Dalam peristiwa lain, Rasulullah SAW menghulurkan lutut untuk dipijak Safiyyah RA yang mahu naik ke atas unta. Isterinya boleh saja naik sendiri, tetapi mengapa Baginda SAW menghulurkan lutut Baginda SAW yang mulia untuk dipijak si isteri? Teladan apakah ini? Gentlemen and romantic.