• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • Untitled design(99).png
  • sekufu 2.png
  • 4_vw8w-wz.png
  • 3_8bzf-bp.png
  • 2_25ds-xa.png
DISCOUNT 15%

[IMAN PUBLICATIONS] - SEKUFU (BINA KESERASIAN & BENTUK PERSEFAHAMAN DALAM RUMAH TANGGA)

RM 25.50
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Penulis: Aiman Azlan & Dr Harlina Halizah Siraj
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2022
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459347
Bil. Muka surat: 226 muka surat
Format: Paperback
Harga: RM30.00

Sinopsis:

Ramai orang mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan sempurna - setia sehingga hujung nyawa.

Apabila sudah berkahwin, barulah tersedar bahawa perjalanan mencapai bahagia itu tidaklah seindah dan semudah yang dibayangkan. Hatta untuk mencapai kata sepakat bersama pasangan daripada sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecilnya pun sukar, sampai kita mula mempersoalkan keserasian hidup sebagai pasangan suami isteri.

Apakah sebenarnya yang terjadi?

Adakah kami tidak sekufu lagi?

Kita sangka memilih pasangan yang sekufu ialah kunci utama untuk bahagia dalam perkahwinan. Hakikatnya, sekufu dengan pasangan bukanlah bermaksud tiada langsung perbezaan. Apa yang perlu ditekankan ialah kebersamaan.

Bersama-sama memberikan komitmen untuk saling memahami.

Bersama-sama membina keserasian untuk menjayakan hubungan rumah tangga.

Melalui buku ini, Aiman Azlan & Dr Harlina menghuraikan punca permasalahan yang sering terjadi dalam rumah tangga berserta solusi praktikal yang boleh diaplikasikan oleh pasangan suami isteri dalam usaha membina keserasian dalam perhubungan.

Table of content

  • Bahagian Satu
  1. Lima Fasa Alam Rumah Tangga
  2. Perebutan Kuasa: Bermulanya Konflik
  3. Melatih Komunikasi Asertif Bersama Pasangan
  4. Elemen dalam Perkongsian Kuasa
  • Bahagian Dua
  1. Empat Malapetaka dalam Rumah Tangga
  2. Mengurus Perhubungan Intim
  3. Memberi Kepercayaan kepada Pasangan
  4. Kuasa Ekonomi Bukan Kuasa Autonomi
  5. Anak-anak ialah Amanah
  6. Sampai Bila Hendak PJJ?
  • Bahagian Tiga
  1. Menuju Sakinah Melalui Mawaddah dan Rahmah
  2. Tanggungjawab, Hak dan Kehormatan
Your cart is currently empty.
Continue shopping