• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • sophilea do you love me captain.png
  • sophilea do you love me captain cb.png
  • photo1650441583.jpeg
DISCOUNT 15%

[INTENS ] DO YOU LOVE ME, CAPTAIN ?

RM 23.80
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Crash landing on you? Huh mimpi sajalah semua itu realiti nya mana ada macam itu. Tiba-tiba jodoh datang dari langit. Drama itu semua khayalan…merepek saja melalaikan. Kapten udara darish Dzaqrie cuma menjeling saat sahabat nya leka dengan drama yang memaparkan kehidupan tentera korea utara itu. ''Jangan cakap sombong Darish takut esok jodoh kau keluar dari almari bilik''.

Takdir Tuhan tatkala pulang bercuti di rumah yang di bina berhampiran pantai, seorang wanita bersembunyi di dalam almari. Awak keluar dari almari ini sekarang sebelum saya heret ke balai polis. Entah berapa lama lah agak nya gadis yang bernama Daneena Durra ini menceroboh kediaman nya. Menjadikan rumah ini seolah-olah kepunyaan nya. Saya minta maaf Tuan jangan bawa saya ke balai polis saya cuma..saya cuma tumpang berteduh. Demi Allah saya tak ambil apa barang pun dekat sini kecuali makanan dalam peti ais. 

Saat hatinya tertanya-tanya siapa gadis ini Daneena Durra tetap mebisu seribu bahasa. Keluarganya muncul, bakal isterinya muncul Daneena di kenalkan sebagai pembantu rumah. 

Saat di Pejabat hatinya mengingati Daneena. Masin mulut sahabatnya,  jodoh dari almari. Daneena yang siapkan makan minum dia, Daneena yang berjaga tatkala dia demam Daneena yang yang buatkan dia selalu mengukirkan senyuman dan tawa.

Tapi satu hari saat dia pulang kembali ke rumah percutiannya, saat hatinya dicuri gadis itu, Deeana sudah pergi. Cuma satu nota di tinggalkan. Dan ayat ini.. Do you Love me, Captain?  Darish tahu dia harus mencari Daneenanya yang misteri. Jatuh cinta itu bukan mudah tapi dia yakin pada takdirnya. Tunggu saya Daneena Durra kerana awak adalah takdir saya.

Your cart is currently empty.
Continue shopping