Penyusun : Muhammad Abdul Wahhab
Penerbit : Jasmin Publications
Buku ini akan menjadi suatu yang dapat membina inspirasi hakiki, dan menjadi bahan bacaan yang bermanfaat bagi generasi muda.
Inilah suatu riwayat yang selalu diulang-ulangi mengisahkannya. Riwayat ini ialah cerita Nabi Muhammad SAW.
Hasilnya ialah suatu kesegaran yang tidak mati dan kesempurnaan lukisan kehidupan yang paling cemerlang yang pernah dijalani. ini bukanlah suatu kejadian sejarah semata mata. Allah menghendakinya, kerana Allah mempunyai maksud yang agung di balik ini. Dalam hidup dan kehidupan Muhammad SAW, tabiat-tabiat asli manusia mendapat perbaikan dan penyempurnaan yang paling seimbang. Allah menghendaki, bahawa setiap perincian dari kehidupan ini harus diawetkan, sehingga dapat menuntun dan membimbing langkah-langkah kemanusiaan dalam segala zaman yang akan datang.