• 100 pesanan
  • gf_202212281206_0001
  • photo_2022-12-29_12-01-46
  • photo_2022-12-29_12-01-09
  • ed_202212281206_0001
1
SALE

[KARYA BESTARI] 100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH (EDISI KEMASKINI)

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: KARYA BESTARI

Penulis: MUHD NASRUDDIN DASUKI

Kehidupan ini sememangnya memiliki rahsia yang tersembunyi. Adakala, apa yang kita harapkan tidak menjadi, sebaliknya apa yang diminta kita memperolehinya. Usah cepat berputus asa dengan rahmat Ilahi dan terus menghukum bahawa doa kita tidak diperkenankan.

Teruslah memohon di samping merenung ke dalam diri apakah yang telah Allah SWT limpahkan kepada kita. Sejujurnya, jika hendak dicatatkan, sudah tentu tinta seluas air lautan yang digunakan tidak mencukupi. Ini menggambarkan betapa tidak terhitung nikmat-Nya.

Maka, untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat, kita perlu sentiasa mengingati pesanan Rasulullah SAW agar tidak lalai dengan tipu daya nikmat dunia. Meskipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita, namun titipannya iaitu al-Quran dan sunnah tetap dijadikan panduan.

100 Pesanan Terakir Rasulullah (Edisi kemas kini) ini bisa menggetarkan setangkai hati kita andai ada pesanan ini jauh daripada jangkauan apa yang telah dilaksanakan. Jadikanlah peringatan ini sebagai kayu ukur amalan kita. Moga ada kebaikan yang dapat dikongsi. Insya-Allah.

Antara kandungan menarik:

  • Peliharalah solatmu.
  • Isteri, taatilah suamimu.
  • Bersedekah biarlah ikhlas.
  • Bersahabat cara Rasulullah.
  • Memberi salam itu satu sedekah
  • Ziarahilah kubur ingati kematian.
  • Mengharap keredaan beribadat.

PETIKAN BAB 15 - BERURUS NIAGA YANG DIREDHAI ALLAH SWT

RAMAI yang menceburi dunia perniagaan untuk mencari rezeki yang halal. Namun adakalanya perniagaan yang dilakukan itu tidak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan atau dalam erti kata lain, menyimpang daripada tujuan asal menjalankan perniagaan. 

Ramai dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW menjadi ahli perniagaan yang hebat. Salah seorangnya ialah Abdul Rahman bin 'Auf, iaitu antara sepuluh sahabat Baginda yang dikhabarkan akan masuk syurga. Sekiranya perniagaan itu satu dosa, tentulah beliau tidak diberitakan sebagai salah seorang yang bakal masuk syurga. Ini menunjukkan bahawa perniagaan itu bukanlah suatu halangan.

Walaupun bidang perniagaan digalakkan tetapi mereka yang terbabit wajar berwaspada kerana dalam perniagaan terdapat beberapa perkara yang mendorong kepada melakukan dosa. Mereka yang menyedarinya wajar mengelakkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah SWT hingga terjerumus menjadi penghuni neraka.

Sehubungan itu Rasulullah SAW dalam hadis oleh Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim, Baginda berkata, "Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan berdosa melainkan bagi orang yang bertakwa kepada Allah SWT, membuat kebajikan dan bercakap benar."

Mengapa dikatakan berdosa sedangkan Allah SWT menghalalkan jual beli? Apakah dalam jual beli itu berlaku penipuan?

Cuba perhatikan hadis Rasulullah SAW daripada Ahmad dan al-Hakim, "Sesungguhnya para peniaga adalah orang yang berdosa. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, bukankah Allah SWT telah menghalalkan jual beli?" Jawab Baginda, "Ya" (tentu). Tetapi apabila bersumpah, mereka membuat dosa dan apabila berkata-kata mereka berbohong".

Jika diteliti hadis ini, Rasulullah SAW sebenarnya berpesan kepada umatnya agar terhindar daripada kecelakaan. Oleh yang demikian, bagaimanakah sebenarnya sesuatu perniagaan perlu dilakukan supaya mendapat keredhaan Allah SWT?

Sebelum meelakukan jual beli, wajarlah seseorang memahami dan mempelajari hukum-hakam jual beli mengikut hukum Islam. Apabila hukum-hakam sudah dipelajari, sudah pasti perniagaan yang dilakukan akan terhindar daripada jual beli haram atau yang kurang jelas kedudukannya.

Sekiranya para peniaga mahu perniagaan diredhai Allah SWt, maka ikutilah ketetapan yang digariskan oleh agama. Antaranya ialah:

  1. Jangan menjual atau membeli sesuatu barangan kecuali dengan akad dan kabul yang sah. Ini kerana urusan muamalat tanpa akad adalah tidak sempurna. Kecuali jual beli terhadap barang yang diharuskan oleh sesetengah ulama iaitu benda-benda kecil yang tidak bernilai tinggi.