• Free SHIPPING for orders over RM50 || Free BOOKMARK for all orders Shop Now!
icon-search
icon-search
  • 30 teknik
  • gf_202212281206_0001 - Copy
  • photo_2022-12-29_12-41-44 (2)
  • photo_2022-12-29_12-41-44
  • ed_202212281206_0001 - Copy
SALE

[KARYA BESTARI] 30 TEKNIK TEPAT TADABBUR AL-QURAN

RM 18.48
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: KARYA BESTARI

Penulis: MUSTAFAR MOHD SUKI


KUNCI TADABBUR AL-QURAN

  • MENJAGA ETIKA TILAWAH:
    Bersuci, membaca isti’azah dan basmalah serta mengosongkan hati daripada hal-hal lain.

  • KEPERCAYAAN YANG MUTLAK:
    Meyakini setiap nas al-Quran dan menundukkan perkara yang berbeza daripada kandungannya.

  • MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN:
    Menguasai dasar-dasar atau asas-asas ilmu tafsir untuk memahami penjelasan ayat.

  • MENELITI ASPEK REALITI AYAT:
    Menjadikan ayat al-Quran sebagai titik tolak bagi solusi kehidupan.

  • MENGAMATI SECARA TERPERINCI:
    Melihat rangkaian ayat, susunan dan lafaz-lafaz yang memerlukan perincian yang tepat.

  • MENGHIDUPKAN INSPIRASI:
    Mendapat motivasi daripada ayat-ayat al-Quran, naungan-naungan dan kelembutan-kelembutan yang terdapat di dalamnya.


Yang terbaik adalah al-Quran terjemahan yang telah diperakui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

a. Jika hendak memulakan bacaan (tadabbur) al-Quran, maka hendaklah membersihkan mulut dengan siwak atau selainnya. Pendapat yang lebih terpilih, menggosok gigi dengan siwak menggunakan daripada jenis kayu arak. Boleh juga menggunakan kayu-kayu (berus gigi dan selainnya) atau dengan sesuatu yang dapat membersihkan seperti kain kasar dan sebagainya. Bersugi memulakan dari sebelah kanan mulutnya dan berniat mengikut sunnah Baginda SAW. (Al-Nawawi, al-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran, Darul Ibnu Hazm, ms 34)

b. Diutamakan bagi orang yang hendak membaca (tadabbur) al-Quran dalam keadaan suci. Jika membaca al-Quran dalam keadaan berhadas, maka hukumnya harus mengikut persepakatan ulama.

Imam haramain berkata, "Tidaklah boleh dikatakan dia melakukan sesuatu yang makruh, tetapi dia telah meninggalkan sesuatu yang lebih utama." Jika tidak menemukan air, dia bertayamum. Wanita istihadah dalam waktu yang dianggap suci mempunyai hukum yang sama dengan hukum orang yang berhadas.

Sementara orang yang berjunub dan wanita yang haid, maka haram bagi keduanya membaca al-Quran. Sama sahaja satu ayat atau kurang daripada satu ayat. Bagi keduanya diharuskan membaca al-Quran di dalam hati tanpa mengucapkannya dan boleh memandang kepada mashaf. Sepakat ulama mengharuskan bagi mereka yang berjunub dan haid mengucapkan tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan berselawat ke atas Nabi SAW serta zikir-zikir selainnya. (Al-Nawawi, al-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran, Darul Ibnu Hazm, ms 72)

c. Membaca (tadabbur) al-Quran disunnahkan di tempat yang bersih dan terpilih. Sejumlah ulama menganjurkan membaca al-Quran di masjid kerana ia meliputi kebersihan dan kemuliaan tempat serta menghasilkan keutamaan lain iaitu iktikaf. Adab ini patut diperhatikan dan disebarkan agar diketahui oleh anak kecil ataupun orang awam kerana ia selalu diabaikan.

Diutamakan bagi pembaca al-Quran di luar solat supaya menghadap kiblat. Hendaklah dia duduk dengan khusyuk dan tenang sambil menundukkan kepalanya dengan beradab seperti duduk di hadapan gurunya, inilah yang paling sempurna.

Your cart is currently empty.
Continue shopping