Terbitan: KARYA BESTARI
Jika kita tidak berminat dengan Surah as-Sajdah, itu bukan sekali-kali kerana kelemahan surah itu. Ia kerana kelemahan kefahaman kita kepada setiap ayatnya, kelemahan penyampaian tafsir yang kita pernah dengar atau kelemahan rujukan tafsir yang kita temui. Surah as-Sajdah bukan sekadar memaparkan berita besar mengenai hari pembalasan, bahkan surah kecintaan Nabi SAW pada setiap kali memulakan fajar Jumaat. Surah yang menjelaskan sebab-sebab yang seharusnya menyebabkan kita sujud meskipun di luar daripada solat fardu, sebagaimana telah sujudnya saudara-saudara Yusuf dan ahli-ahli Firaun.
- Ustaz Syaari Ab Rahman (Tadabbur Centre)
Pengalaman saya dalam berinteraksi dengan Quran - tulis. Ia akan mengikat ilmu yang sedang didengar dan dilihat. Buku ini amat saya sarankan sebagai koleksi interaksi kita bersama surah ini makin mantap. Jika dulu saya berinteraksi dengan sesuatu surah hanya sepintas lalu, kini paling kurang 4 pusingan sebelum saya ke My #QuranTime. Ia memberi pengalaman yang berbeza. Tulis dan catat, ia akan mengikat.
- Tuan fazrul Fahmee Ismail (Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas)
Sujud adalah meletak dahi ke bumi. Dilakukan sekurang-kurangnya 34 kali sehari semalam tanpa gagal. Namun manusia pelbagai citra. Ada yang terpaksa sujud. Ada yang sujud tanpa rasa. Ada juga yang memilih untuk sujud. Surah ini memandu kita untuk menyedari sujud bukan hanya fizikal tetapi perbuatan hati. Maka workbook di tangan anda ni diharap dapat membantu perjalanan anda menerokai 'sujud'.
- Ustaz Mohd Nadzri bin Mustakim (Dreamteam Tadabbur Centre)