• FREE POSTAGE For Order Over RM50 I Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • anggun
  • asd_202211271608_0001 - Copy
  • photo_2022-11-29_09-21-40
  • zcvg_202211271608_0001 - Copy
DISCOUNT 15%

[KARYA PUBLIKA] ANGGUN - AIFA BATRISYA

RM 23.72
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: KARYA PUBLIKA

Penulis: AIFA BATRISYA


Motto hidup seorang Akid Edraki sangatlah mudah dan positif sentiasa. Hidupnya hanya berkisarkan hobinya dan kerjanya. Kisah apa dia kalau ada manusia yang mahu kahwin di Pluto sekalipun sebab baginya selagi boleh single, buat apa kahwin? Dia dah cukup bahagia bersama keluarga yang baginya sempurna dengan adanya walid, ummi, Kak Chah sekeluarga dan Chacha.

Tapi tidak bagi Hajah Zahlia. Motto hidup Akid perlu dia ubah kerana terlalu ambil mudah tentang hidup sampaikan cara hidup Islam yang patut dia jalani dipandang enteng. Solat hanya bila lapang, Kita Al-Quran itu bukan temannya. Asbab itulah hadirnya Anggun, si niqabis yang bukan biasa-biasa orangnya.

"Pinjam motor abang ke tu? Patut tak reti nak agak tank besar mana." - Akid

"Taklah. Itu motor saya." - Anggun.

Ducati Panigale kot! Akid? Lesen motor pun dia tak ada. Bukan setakat itu, berenang dan memanah pun Anggun tahu. Hobinya? Main skateboard! Aduh! Perempuan seperti ini yang umminya mahu dia jadikan isteri? Akid rasa nak pitam berkali-kali.

"Kid, dah hujung-hujung zaman ni betina ramai. Perempuan? Dah boleh kita kira dengan jari tak kiralah sama ada berhijab ke tak. Yang betul jaga maruah diri tak ramai dan antara yang masih menjaga, Anggun...." - Ummi

"Walid dah tak ada anak lelaki lain dah Kid, Akid sajalah satu-satunya waris yang walid ada. Besar harapan walid, untuk Akid berubah. Berubahlah ye" - Walid

Akid tersepit. Antara mengekalkan prinsip hidup dan juga memenuhi harapan ummi dan walidnya, dia terpaksa berkorban bukan sedikit. Tetapi banyak! Egonya tercalar beberapa kali, demi satu perubahan dia terpaksa menahan sendiri rasa hati. Untuk berubah, di perlu jadi diri sendiri bukan berubah untuk orang lain. Masalahnya, mampu ke dia? Dan Anggun khususnya, mampu ke dia bertahan dan bersabar dalam proses hijrahnya?


PETIKAN BAB 25


Hari ini, ummi buat plan lagi. Mujurlah petang lepas lunch Akid ada masa senggang makanya terus sahaja dia berjumpa dengan Dato' Zahar untuk minta time slip. Yang tidak sedapnya didengar adalah bila ummi suruh dia pergi jemput bakal menantu kesayangannya dekat pejabat. Gaya ummi menyuruh tu macamlah dekat perjalanan dari Bangsar nak ke Petaling Jaya sebelum berpusing semula ke Bangi. Mujur ummiku sayang. Mujur sangat. Kalau minah tu yang request memang dia dah bookingkan Grab Car siap-siap. Sangat tidak rajin untuk dia meredah lautan kereta ditambah pakej kesesakan lalu lintas tahap tepu kawasan sana. 

Sampai sahaja di ruangan bawah lobi, boleh pula katanya kerja belum habis. Mahu tidak mahu, ada dalam setengah jam lagi dia perlu menunggu. Phewwww. Boleh berpeluh ketiak menunggu. Kesudahnya Kafe Setabak di sebelah bangunan dikunjunginya. Sesambil menyedut kaffein, skrin telefon bimbitnya discroll laju mencari filem terbaru ataupun filem akan datang yang menarik untuk ditonton.


"Hai there! Kita pernah jumpa ke?"

Akid kerling sekilas sebelum matanya tertumpu semula pada laman web rotten tomato. Entah hijabista sesat mana entah guna modal lama nak mulakan perbualan. Malas dia nak melayan.

"You ni, model ke?"

Akid senyum senget tanpa memandang. Cubaan kedua pula ya. Tak mahu nampak biadap, kepala digeleng sebagai respon.

"Ah, I ingatkan you ni model. Muka nampak familiar. I Husna. Panggil Una aje. Boleh I duduk? Penuh pula meja lain."

Akid angkat muka pandang sekeliling sebelum mata berhenti tepat pada wajah Husna yang sudah tersenyum beria padanya.

"Ada indera keenam ke?"

"Hah?"

"Yalah. Kalau dah boleh nampak segala makhluk yang ada dalam kafe ni bermakna ada special gifted lah kalau macam tu. Aku tak nampak orang lain pun selain kita berdua."

Husna sudah terbatuk-batuk kecil. Dia kena perli rupanya! Haih. Tapi, hmmm... Lumayan untuk diperli. Yang ada di depannya sekarang ni gayanya macam bukan calang-calang orangnya. Dari penampilan diri macam bukan orang biasa. Golongan profesional lagaknya. Rupa pun ada. Gaya tak kalah.

"Well, memandangkan kita berdua aje yang ada pun maka tak salah kan kita duduk semeja? Tak adalah pelayan susah-susah nak kemas banyak meja. Tak gitu?"

"As u wish. Terpulang nak duduk mana. Atas meja, bawha meja cuma jangan ganggu aku. Itu aje," balas Akid, acuh tak acuh sambil terus melayan pembacaannya.

"Biar I teka, ini kali pertama you datang minum dekat sini kan? I tak pernah nampak pun you sebelum ni."

Your cart is currently empty.
Continue shopping