• forever
  • novel_202209281508_0001
  • photo_2022-09-28_16-30-02
  • photo_2022-09-28_16-30-02 (2)
  • yhb_202209281508_0001
1
SALE

[KARYA PUBLIKA] DIA MY FOREVER LOVE - SHADIA HISHAM

Regular price
RM 27.81
Sale price
RM 27.81
Regular price
RM 30.90
Worldwide shipping | SMOBookstores Online
Worldwide shipping
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: KARYA PUBLIKA

Penulis: SHADIA HISHAM

Athia dijanjikan dengan bulan dan bintang sehingga dia terlupa bahawa langit itu tinggi. Luqman membawanya terbang lalu melepaskannya tanpa belas membuatkan dia terhempas jatuh menyembah bumi. Athia tertanya-tanya apa lebihnya si perampas berbanding dia? Tidak cukupkah pengorbanannya selama ini untuk merantai setia Luqman?

"Sebagai umat Islam saya yakin dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Insya-Allah apa yang saya makan, itulah yang akan dimakan oleh Thia. Di mana saya tinggal, di situlah tempat tinggal Thia." - Luqman Aisy

Itu janji dulu. Janji ketika mahu menanam tebu di tepi bibir. Kini, semuanya telah berakhir dengan jalan cerita yang memilukan.

Luqman menganyam bahagia. Athia juga harus begitu. Dia perlu berjuang demi malaikat kecil yang menjadi penghuni rahimnya. Cukup-cukuplah dia larut dalam kesedihan yang panjang.

"You tak payah faham apa-apa. Just pick up the phone when I call, reply when I text  and don't ignore me. That's all. Susah sangat ke nak buat benda tu?" - Adrey Somsit

Dalam diam Adrey selalu memohon kesempatan untuk diberi peluang menghapuskan air mata Athia kerana air mata Athia itu umpama racun yang boleh membunuhnya. Melihat Athia menangis saban malam membuatkan Adrey seperti ditusuk sembilu berbisa. Sakit, pedih dan terseksa.

"Abang minta maaf." - Luqman Aisy

Untuk apa kata maaf itu setelah bermusim menanggung derita? Semuanya sudah tidak bererti. Hati menjadi sepejal tembok batu kini.

"Katakan sayang agar dapat ku sambut kerana rindumu. Ucapkan cinta biar aku persembahkan seluruh raga buatmu kerana dirimu itu adalah seseorang yang aku ininkan. Kalau aku bukan yang pertama menjadi matahari menerangi hidup mu, izinkan aku yang terakhir menjadi bulan menyinari malam mu yang kelam." - Adrey Somsit.

Iklas tidak perlu diungkap. Setia menjadi pengikat.

"I pun sayang you." - Athia Nur Al Zahra.

Benarlah, ada pelangi selepas hujan. Ada bahagia setelah derita.


PETIKAN BAB 4

AKHIRNYA Athia sedar dari lena yang panjang. Perlahan-lahan dia membuka mata. Memandang sekeliling dengan pandangan sayu. Matanya meliar mencari figura yang sangat-sangat didambakan ketika ini. Namun, jangankan bayang, jejaknya juga tidak kelihatan. Athia mengeluh. Ternyata dia hanya bermimpi apabila merasakan bahawa Luqman ada bersamanya.

Pintu bilik air terkuak. Terpacul wajah Misya di depan mata. Melihat Athia sudah sedar, Misya melafazkan syukur berkali-kali. Senyuman kelegaan terhias di bibirnya. Segera dia mendapatkan Athia dan meraih wanita muda itu ke dalam pelukan. Air mata kegembiraan menitis di pipi.

"Hei, kenapa ni?" soal Athia dalam suara yang serak apabila melihat adanya air mata di pipi Misya.

"Aku happy sangat kau dah sedar. Lama kau tidur. Aku takut kau tak mahu bangun lagi." jawab Misya dengan deraian air mata yang tidak mahu kering. SImpati terhadap Athia menggunung mengenangkan segala perbuatan Luqman.

"Aku yang sakit, kau yang menangis. Aku yang kena tinggal, kau yang sedih," balas Athia bersahaja. Mendala