[KARYA PUBLIKA] DIA YANG MENCINTAI AKU
- Regular price
- RM 26.01
- Sale price
- RM 26.01
- Regular price
-
RM 28.90
Share
Terbitan: KARYA PUBLIKA
Penulis: WAWA AKIL
Lelaki itu pernah dicintai dalam diam. Inilah lelaki yang bakal menjadi imamnya suatu hari nanti. Dia yakin lelaki itulah yang akan menemani hari-hari tuanya. Namun, belum sempat bunga-bunga cintanya mekar mewangi, dia diminta melepaskan lelaki itu. Walaupun terluka dengan permintaan itu, Hidni terpaksa akur. Perasaan yang baru bercambah itu harus diketepikan. Lelaki bernama Aqid Rayyan perlu dilepaskan daripada hatinya.
Lelaki itu bukan miliknya. Ada insan lain sudah bertakhta di hati lelaki itu. Tiga tahun Aqid meneka dalam kesamaran. Mencai di mana silap dirinya sehingga gadis itu menghilangkan din. Separuh dirinya hilang. Kehilangan gadis itu betul-betul membuatkan dia hilang semangat.
"Kau jangan nak seksa diri sendiri Qid. Aku tak nak hilang sahabat hanya kerana seorang wanita seperti dia tu. Tak berbaloi langsung."- KAMARUL
Namun... Percaturan Allah memang hebat. Saat Aqid mulai reda dengan kehilangan gadis itu, Allah menemukan mereka semula. Pertemuaan yang tidak dijangka itu membuatkan jiwa lelakinya Kembali resah. Ternyata rasa cinta itu masih ada. Namun, ego seorang Aqid Rayyan memang tinggi.
“Tiga tahun saya menanti dan mengharapkan awak muncul smula. Sehingga satu ketika saya sudah berhenti untuk mengharap. Lelaki ini hilang semangat untuk hidup hanya kerana seorang wanita.” – AQID ZAYYAD
"Saya tahu saya silap kerana menghilangkan diri. Saya tak kisah awak nak salahkan saya tetapi jangan sesekali awak menyalahkan pertemuan kita. Sudah lama saya nantikan saat ini. Saat kita dipertemukan semula" - DURATTUL HIDNI
Bagi Aqid, kisah mereka sudah lama tamat tetapi bagi Hidni kisah cinta mereka baru bermula. Makin Aqid menjauh makin dekat Hidni datang. Cuma Wizran jadi penghalang antara mereka. Siapa Wizran? Siapa pilihan Hidni? Bagaimana kesudahan cinta mereka?
PETIKAN BAB 27
"DINI... Hidni." suara garau lelaki memanggilnya sebaik saja dia melangkah keluar dari bilik air. Lelaki itu berdiri betul-betul didepan pintu bilik air.
Hidni mengurut dada perlahan. Kurang asam! Nasib baik dia tidak mati mengejut, dengusnya. Dia pandang Aqid Zayyad.
"Boleh tak jangan kejutkan orang macam tu. Kalau saya ada penyakit jantung tak pasal-pasal saya kojol nanti." Marahnya.
"Sebab I tahu you tak ada penyakit jantung tu I panggil." Aqid bersandar tenang pada dinding sambil kedua-dua tangannya berpeluk tubuh.
Matanya tidak berkelip memandang Hidni.
"Apa hal renung orang macam nak telan ni?" Hidni membetulkan baju yang dipakainya. Tak senonoh desisnya. Nasib baik dia memakai blouse longgar tak adalah nampak susuk tubuhnya.
"Awak nak apa?" Soal Hidni cemas. Hanya mereka berdua di ruang dapur sekarang. Matanya meliar memerhati sekeliling. Bimbang tiba-tiba ada orang menerjah ke ruang dapur.
"Hanya I dan you saja kat sini. Don't worry. Mereka semua berada di ruang tamu." Dia seakan tahu apa yang dibimbangkan Hidni.
"You buat apa kat rumah I?" Aqid pula menyoal. Sejak tadi dia mahu bertanya tetapi ditahan kerana tidak mahu keluarganya salah faham.
"Saya datang atas undangan Kak Shikin. Dia yang beria-ria ajak saya datang. Takkan saya nak tolak pula." Dia mahu cepat berlalu dari situ.