• Free SHIPPING for orders over RM100 || Free BOOKMARK for all orders Shop Now!
icon-search
icon-search
  • malacca
  • bmjv_202211271607_0001 - Copy (2)
  • photo_2022-11-29_15-57-33
  • qwdg_202211271607_0001 - Copy (2)
SALE

[KARYA PUBLIKA] MALACCA HAS FALLEN - IZZUDDIN AL JITRAWIY

RM 26.01
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: KARYA PUBLIKA

Penulis: IZZUDDIN AL JITRAWIY


Hobi aku memang suka berangan dan termenung, berimaginasi akan sesuatu yang mustahil padahal ianya benar! Silap-silap, bayangan gambaran yang aku menungkan jauh lebih hebat daripada apa yang aku fikirkan. Kereta kuda berhenti sekali lagi. Hah, apa pula sedang berlaku? Rupa-rupanya, kami sudah sampai d perkarangan mahligai istana Melaka. Kami perlu berjalan kaki untuk sampai ke perkarangan utama mahligai istana.

Kami mengorak langkah dengan perlahan dan aku sempat melihat beberapa orang pembesar yang lain dengan karisma mereka yang tersendiri. Ada yang berwajah agak bengis, ada yang agak tenang dan juga yang selamba sahaja wajahnya. Tapi, paling ketara yang aku nampak pada antara pembesar-pembesar tersebut, mereka mempunyai karismanya yang tersendiri. Tidak mampu aku gambarkan kerana kerisma mereka itu menggambarkan tugasan atau amanah yang mereka pikul.

Tetiba, dari jauh, aku melihat seseorang yang sedang berjalan dengan penuh kemas, karisma dan bergaya, gagah orangnya tapi tapk pula sombong malah rendah diri orangnya. Bahkan, dihormati orang ramai di sekitarnya. Mustahil, dia adalah orang yang sangat aku kagumi. Selangkah dem selangkah dia semakin dekat ke arahku. Apakah benar dia adalah LAKSAMANA HANG TUAH?

Sejarah yang diwar-warkan kepada kita sebahagiannya telah diubah malah yang lebih malang lagi apabila sejarah sebenar kita telah disembunyikan maklumatnya. Generasi muda sekarang terpinga-pinga dalam mencari identiti diri kerana tiada satu contoh atau ikutan dari kalangan bangsanya. Sedangkan bangsa kita adalah bangsa yang hebat, bangsa yang pernah menjadi tumpuan dunia. 

Apakah kekuatan yang menjadi sandaran moyang kita terdahulu sehingga anasir-anasir luar tidak mampu untuk memanipulasi mereka. Mengapakah kita sekarang mudah terhanyut dalam arus sosial yang kian parah? 

 Benarkah Kesultanan Melayu Melaka tewas dengan Portugis kerana berperang hanya menggunakan tombak dan keris? Penjajah yang datang menjajah dan menjarah tanah air serta minda kita kini bagaikan sudah berjaya menguasai segalanya. 

Kini, bangsa Melayu dilihat sebagai suatu bangsa yang mundur, malas dan tidak mampu untuk menjad ‘Tuan Tanah’ di tanah airnya sendiri. Segalanya kabur dan terus terkubur harapan moyang kita untuk menjaga keamanan serta kedaulatan tanah ini.


MISTERI & RAHSIA DI SEBALIK TEMPAAN KERIS


Keris ialah "pusaka" unik yang dimiliki oleh masyarakat di Dunia Melayu. Kewujudannya bukan hanya setakat di Tanah Melayu (Malaysia), tetapi juga meliputi Indonesia, Filipina, Champa dan Selatan Thai. Fungsi dan nilai (magis) sebuah keris begitu penting kepada masyarakat Melayu tradisi, sehingga bentuk, gaya dan gunanya juga beragam sifatnya yang dapat dilihat dalam hampir semua karya sastera, sama ada cerita lisan, hikayat, babad, syair, wayang kulit, makyung dan seumpamanya. Namun demikian, suatu misteri bagaimana sebuah keris itu ditempa dan apakah bahan yang pernah digunakan masih belum terungkap sehingga kini. 

Walaupun telah ada usaha para pengkaji terdahulu seperti Gardner, Wooley, Abu Bakar Pawanchee, The HIstory of Java oleh Stamford Raffles, dan Shahrum Yub (1963), tetapi tidak banyak mengungkap proses pembuatan keris Melayu. Kalau adapun cuma penjelasan sepintas lalu yang tidak memungkinkan kita mengerti bagaimana teknologi masa lalu itu digunakan sehingga hasil yang tersisa kepada kita kini penuh dengan nilai-nilai estetik. Rahsia "alam keris" yang dimiliki oleh pandai besi datuk nenek

Your cart is currently empty.
Continue shopping