Terbitan: KARYA PUBLIKA
Penulis: ZAIN AL-JOHAN
PANGLIMA AWANG atau juga dikenali sebagai Enrique de Malacca dan juga Datuk Laut Dalam seorang tokoh Melayu yang pernah melakar sejarah dunia bersama-sama pelayar Sepanyol, Kapten Ferdinand Magellan dalam misi manusia pertama mengelilingi dunia yang dikenali sebagai Armada Maluku. Misi ini dibiayai dan mendapat restu Raja Sepanyol, Raja Charles V. Ekspedisi Armada Maluku mengandungi lima buah kapal iaitu Trinidad, Conception, Victoria, Santiage dan San Antonio.
Antonio Pigafetta berbangsa Itali yang turut serta dalam ekspedisi tersebut telah menulis artikel bertajuk Magellan's Voyage: A Narrative Account of the First Circumnavigation (1519) mengesahan bahawa Panglima Awang adalah seorang pegawai dalam kapal Trinidad yang menyertai ekspedisi dari Sepanyol pada 10 Ogos 1519 berjaya meredah Laut Atlantik, Selat Magellan dan Laut Pasifik malangnya setiba di Filipina tercetus peristiwa berdarah mengakibatkan Kapten Ferdinand Magellan mati dibunuh di Pulau Mazzawa, Cebu.
Panglima Awang turut cedera dan sempat diselamatkan oleh pelaut Brunei, Pangeran Adipati Solok tetapi kemudiannya ditawan pelaut Sulawesi, Karaeng Semerluki di perairan Sabah. Walau bagaimanapun, Panglima Awang berjaya diselamatkan oleh Datuk Leteh langsung membawanya ke Tanah Melayu iaitu Melaka. Berasaskan fakta ini, Panglima Awang dapat dinobatkan sebagai manusia pertama mengelilingi dunia kerana dia berjaya melakukan pusingan 360 darjah (ditawan di Melaka oleh Alfonso de Albuquerque [Gabenor General Portugis] dan dilarikan ke Goa, India seterusnya dibawa Ferdinand Magellan ke Sepanyol langsung belayar mengikut ekspedisi Armada Maluku).
Manakala Panglima Awang Pemusnah Armada Terkuat Eropah menceritakan episod kembalinya Panglima Awang ke tanah bonda kemudian menjadi pemerintah wilayah Rembau dan akhirnya angkatan perang Rembau pimpinannya berjaya menewaskan Portugis di Melaka setelah sembilan bulan mengepung Kota Melaka pada tahun 1641.
Ikuti kisah Panglima Awang yang tidak terdapat di dalam catatan Antonio Pigafetta dan peranannya terhadap sejarah Melak dan juga Rembau sehingga akhir hayatnya serta perjalannya sepanjang mengikuti Armada Maluku mengelilingi dunia dengan ilmu pelayaran yang diturunkan oleh gurunya iaitu Laksamana Hang Tuah. Banyak ilmu yang diturunkan di dalam naskhah ini yang boleh membanggakan anak Melayu.
KANDUNGAN
PRAKATA
BAB 1
1521 Masihi
Jeti Pulau Mazzava Cebu, Filipina
BAB 2
Lautan Pahlawan
7 hari setelah meninggalkan Pulau Cebu
BAB 3
Lautan Pahlawan
9hb Mei 1521
BAB 4
Racau Pertama: Di Laut China Selatan
BAB 5
Racau Kedua: Sekitar perairan Sabah di Laut China Selatan
BAB 6
Perairan Sabah di Laut China Selatan 1521 Masihi
BAB 7
Kembali ke perairan berhampiran Pulau Lanun (Natuna), di tengah-tengah.
Laut China Selatan, Awal Ogos 1521 Masihi
BAB 8
Semenanjung Tanah Melayu
Penghujung tahun 1521 Masihi
BAB 9
KOTA
Bandar utama kerajaan Rembau
BAB 10
Sulalat AlSalatin Bab 12
BAB 11
Kuala Penajuh (Muara Sungai Rembau)
Penghujung Tahun 1521
BAB 12
Perairan Kuala Penajuh (Kuala Sungai Rembau)
Pada waktu yang sama
BAB 13
Di Geladak
Lang-Lang di Laut
BAB 14
Aras Lela
Lang-Lang di Laut
BAB 15
Aras Lela
Lang-Lang di Laut
BAB 16
Di atas Geladak
Bahtera Maha Biru
BAB 17
Kembali Semula di Atas Geladak
Bahtera Maha Biru
BAB 18
Kota, Bandar Utama Wilayah Rembau
BAB 19
Kamar Peta Bahtera Maha Biru
BAB 20
Kampong Padang Roco Berhampiran
Kota Wilayah Rembau
BAB 21
Pengkalan Muara Sungai Penajuh
Wilayah Rembau
BAB 22
Warung Mencaghuih Lubuk China
Wilayah Rembau
BAB 23
Kampong Padang Roco
(Padang Roko / Padang Lokok), Kota
Wilayah Rembau
BAB 24
Perairan Hujung Tanah Selat Melaka
BAB 25
Kampong Padang Roco
(Padang Roko / Padang Lokok), Kota
Wilayah Rembau
BAB 26
Kendong (Kawasan Sempadan Rembau - Naning)
BAB 27
Kampong Padang Roco
(Padang Roko / Padang Lokok)
BAB 28
Belakang Kota Melaka berhampiran Bukit St Juan
BAB 29
Kampong Padang Roco
(Padang Roko / Padang Lokok) Kota, Negeri Rembau
BAB 30
Kampung Tengah Kuala Sungai Baru
(berhampiran muara Sungai Penajuh)
Epilog
Sekelumit Waktu Bersama