• FREE POSTAGE For Order Over RM50 I Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • besi
  • bmjv_202211271607_0001
  • photo_2022-11-29_16-40-05
  • qwdg_202211271607_0001
SALE

[KARYA PUBLIKA] RAHSIA MISTERI BESI KERSANI

RM 25.42
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: KARYA PUBLIKA

Penulis" IBNU IBRAHIM AT-TAWARI


Kekuatan besi kersani turut dicatatkan dalam bahan-bahan bertulis seperti Bustanus Salatin, Syair Hamzah Fansuri dan lagu nyanyian M. Nasir, Mentera Semerah Padi. Namun demikian, sukar diterangkan bentuk mahupun rupa sebenar besi kersani. Teori atau penjelasan tentang besi tersebut lazimnya bercanggah. Tidak kurang pula teori-teori yang sukar diterima akal. Dalam hal ini, bergantung kepada daerah dan pegangan sesebuah masyarakat, besi kersani turut dikenali sebagai kursani, qursani, kharsani, khurasani, dan khursani. Dari sudut akar kata, dapat dijangkakan bahawa perkataan tersebut berasal daripada Khurasan, yakni sebuah daerah besar yang meliputi Afghanistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Tajikistan.

Kersani turut disebut dalam beberapa mantera Melayu. Secara khususnya, mantera-mantera tersebut memohon kepada Allah SWT untuk meminjamkan kekuatan besi kersani kepada diri mereka. Bagi segelintir individu, kersani dianggap sedia hadir dalam tubuh manusia. Dalam hal ini, individu berkenaan akan menggunakan mantera-mantera tertentu bagi membangkitkan semangat besi tersebut. Semangat besi tersebutlah yang kononnya menjadi sumber kekuatan batin dalam tubuh pengamal ilmu besi kersani. Dalam erti kata lain, semangat besi tersebut diharapkan dapat mengalir dalam jiwa pendekar bagi memberikannya kesaktian yang luar biasa. Dalam rangka kepercayaan para pengamal, kebangkitan
besi kersani dalam tubuh ditandai dengan bunyi yang berdesing di telinga.

Proses mewujudkan besi dalam dirinya bermula dengan pengamal membayangkan kekuatan yang mengalir dalam urat-urat saraf. Lazimnya berpusat dari bahagian tapak tangan, besi kersani tersebut akan bertindak semacam cecair dan menjalar ke seluruh tubuh: Kononnya, pendekar lalu berkemahiran tinggi dalam ilmu tersebut dan mempunyai keupayaan membuat diri mereka kebal dan kelis senjata. Guru- guru terdahulu dikatakan teramat memilih dalam menurunkan ilmu basi tersebut. Tidak menghairankan, ilmu tersebut menjadi semacam fenomen yang diidamkan sebahagian orang Melayu.


Suasana Semakin Sunyi


Tiba-tiba lampu di sekeliling rumah Mak Angah Bosah terpadam. Suasana semakin sunyi dan mendebarkan. Tiba-tiba pula mereka melihat seperti bayangan perempuan muncul di ruang tamu berdekatan dengan lorong untuk masuk ke bilik tadi. Ustaz Irman Gusman tidak dapat melihat apa-apa. Semuanya kelam dan sunyi. Cuma terdengar bunyi suara perempuan ketawa perlahan-lahan dan bunyi tersebut semakin dekat dengan mereka. Dari arah mana Ustaz Irman Gusman sendiri tidak tahu.

Mak Angah Bosah terus merapatkan badannya ke arah Ustaz Irman Gusman. Beg sandang hitam tadi digenggam sekuat-kuatnya oleh Mak Angah Bosah. Bayang perempuan tadi mula menjelma di hadapan mereka. Bergerak perlahan dan perlahan. Degup jantung Ustaz Irman Gusman semakin kencang. Tiba-tiba Ustaz Irman Gusman mula merasakan seperti ada seseorang sedang menyentuh bahu beliau di sebelah kanan. Sedangkan Mak Angah Bosah yang berdiri di sebelah kiri beliau tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Your cart is currently empty.
Continue shopping