• Free SHIPPING for orders over RM100 || Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • the lost
  • jj_202302131638_0001
  • photo_2023-02-14_12-01-01
  • photo_2023-02-14_12-01-01 (2)
  • photo_2023-02-14_12-01-00
  • fg_202302131638_0001 - Copy
SALE

[KARYA PUBLIKA] THE LOST OF GOLD ISLAND

RM 25.42
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: KARYA PUBLIKA

Penulis: IZZUDDIN AL-JITRAWIY


Setelah selesai mengadap baginda Sulta, aku berjalan keluar daripada dek khusus baginda Sultan dan menarik nafas lega.Apa yang penting, baginda Sultan sudah diselamatkan dan keturunan-keturunannya terpelihara.Pandangaku, Kota Melaka itu memang sudah runtuh dan roboh.Tetapi, Empayar Kesultan Melayu Melaka sehingga kini tiada siapa yang mampu mengucap umum bahawa ia sudah tewas.Aku menyambung kebali melihat setiap inci bahtera yang aku sedang kagumi.Hatiku kuat berbicara mengatakan bahawa bahtera ini adalah mendam berahi.Sebuah bahtera yang terkenal dan digunapakai oleh Laksamana Hang Tuah.Berlayar laju merentasi benua dan saiznya agak besar berbanding kapal-kapal biasa.

Wallahualam, apa yang penting kini, aku berasa tenteram daripada hiruk-pikuk penjajah Portugis menerobos masuk Kota Melaka.Terkadang aku terfikir juga, apakah perasaan mereka melihat dalam mahligai istana Melaka nanti yang hanya tinggal sisa-sisa kekayaan bumi Melaka untuk tatapan mereka.Semestinya mereka marah, kecewa dan tidak puas hati dengan agenda permainan yang dirancang.Selepas beberapa ketika aku berjalan-jalan atas bahtera ini, akhirnya tiba juga di sebuah pulau.Kami berlabuh di sini untuk menyimpan peti-peti simpanan harta di sebuah tempat yang sangat sulit dan tersembunyi.Pulau ini tidaklah terlalu besar dan tidaklah terlalu kecil.Setiap peti-peti tersebut diangkut keluar dan dibawa menuju ke sebuah ruangan khas yang terdapat di pulau tersebut.

Baginda Sultan kekal di dalam bahtera dan meneruskan pelayaran bersama nakhoda Laksamana Agung.Bersama denganku, Panglima Hijau untuk menguruskan penyimpanan peti-peti simpanan harta ke sebuah ruangan tersembunyi.Kami sampai di satu pulau yang sangat kecil dan kami perlu menyeberang laut cetek untuk ke pulau tersebut.Di pulau itu terdapat sebatang pokok yang sedang berbuah dengan lebatnya.

Tiba-tiba, muncul seorang tua serba putih yang datang entah dari mana lalu bersuara, "Inilah masanya!"


KEPULAUAN EMAS DI TANAH MELAYU?

Claudius Ptolemy, ahli geografi Greek menerusi bukunya "Geography" yang diterbitkan pada tahun 150 AD, menamakan Malaysia sebagai Golden Chersonese atau "Semenanjung Emas." Walaupun begitu, frasa "Semenanjung Emas" itu sebenarnya diambil daripada kitab lama orang India. Dalam kitab Ramayana, ada dinyatakan terdapat satu tanah yang bergelar 'Suvarnabhumi' atau terjemahannya, Land of Gold. Versi buku "Geography" yang seterusnya merujuk tentang "Golden Chersonese" ini sebagai sebuah negara yang mempunyai hasil emas di tanahnya. Kajian menerusi peta dunia yang dilukis oleh Ptolemy menunjukkan di Golden Chersonese, terdapat tiga sungai yang menjadi penghubung kepada penduduk di Semenanjung Emas iaitu Sungai Khrysoanas; sungai yang merentasi negara kita dari Thailand hingga ke Sungai Muar, Sungai Palandas iaitu Sungai Johor dan Sungai Attabas iaitu Sungai Pahang sekarang.

Dipercayai yang perlombongan emas di negara kita sebenarnya sudah bermula 2000 tahun dahulu dan Semenanjung Emas merupakan sumber emas dunia pada masa dahulu. Perlombongan emas juga sangat rancak di negara kita sehinggalah abad ke 17.

Your cart is currently empty.
Continue shopping