• FREE POSTAGE For Order Over RM50 I Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • babby
  • hbv_202211271609_0001
  • photo_2022-11-27_17-07-50
DISCOUNT 15%

[KARYA SENI] BABBY BATRISYA - SHARINA ELISA

RM 25.50
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: KARYA SENI

Penulis: SHARINA ELISA


SEBAIK SAHAJA urusan pengebumian Anuar selesai, Aisyah memperdaya Trisya ke sebuah masjid dan meninggalkan adiknya yang berusia enam tahun di situ.

Seorang wanita yang dikenali sebagai tok wan menawarkan diri untuk menghantar Trisya pulang. malangnya, mereka telah terdengar pentengkaran antara Mahani dan Aisyah. Dari situ, Trisya mengetahui punca kenapa Mahani tidak pernah menyenangi kewujudannya.

"Esyah tahulah mak tak suka Trisya tu. Kalau mak tak suka, kenapa nak biar dia duduk kat sini lagi? Esyah pun tak sukalah dengan Trisya. Esyah tahu... dia bukan adik Esyah, kan? Dia bukan anak ayah, kan?"

- AISYAH


Datin Paduka Dahlia (tok wan) telah menjadikan Trisya sebagai cucu angkat dan tinggal bersama. Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati anak dan menantu. Makin membara cemburu mereka apabila tok wan menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan TrisyaBeauty lantas menghadiahkannya kepada cucu kesayangannya itu. Dan kerana itu, kematian tok wan dirancang. Tok wan mati dalam keadaan ngeri.

Setelah dua tahun kematian Datin Paduka Dahlia, sebuah wasiat telah membuatkan sebuah drama penipuan tercipta. Masing-masing inginkan bahagian dalam wasiat itu. Dan Trisya juga tidak mahu kalah. Haq, pengawal peribadinya turut diheret sama.

"Kami dah kahwin. Dua bulan lepas."

"Ah, sudah! Habis wasiat semua ni macam mana?"

"Walau apapun alasan, kau berdua mesti bercerai. Trisya dan Pian mesti berkahwin!"

Trisya menanam dendam. Sungguhpun tok wan memaafkan kelakuan keji anak menantunya, Trisya takkan pejam mata. Dia merencana agenda untuk memusnahkan kehidupan anak-anak dan menantu tok wan selari dengan kejahatan yang telah mereka lakukan.


PETIKAN BAB 44


JAM 11 malam. Trisya sedang bertungkus lumus di ibu pejabat Double B Scarf. Nadiha mengetuk pintu dan masuk.

"Maju Desa dah ranap, Cik Trisya. Misi berjaya! Umpama gempa bumi dan tsunami menyerang sekaligus." Nadiha berpuas hati. Usaha yang mereka lakukan selama ini akhirnya membuahkan hasil.

"Oh?" Trisya senyum. "BOD akan bersidang. Dorang akan berusaha pulihkan Maju Desa walau dengan apa cara sekalipun. Kita kena pastikan Maju Desa takkan mampu bernafas!"

Nadiha mendengar dengan patuh. "Cik Trisya jangan risau. Saya akan uruskan seperti sebelum ini. Saya takkan lupa titik mula!"

Trisya mengangguk. Telefon yang berada di atas meja kopi menjerit. Nama Ungku Fiona tertera.

"Trisya, datang ke James Squad Hospital! Maghrib tadi Uncle Farouk kamu diserang sakit jantung!" Ungku Fiona risau bukan kepalang.

"Kejap lagi Trisya sampai."

Trisya meletakkan telefon di atas meja apabila Ungku Fiona menamatkan perbualan.

"Bila pelanduk terkena jerat, menggelupur bimbang disembelih pemburu." Trisya menjongket bahu.

Trisya mula mengemas meja. Nadiha segera menghulur tangan untuk membantu. Trisya memandang ke dinding cermin. Beberapa orang kakitangan yang membuat kerja lebih masa tampak sibuk di meja kerja masing-masing.

"Haq macam mana, Cik Trisya? Dia semakin pulih ke?"

Trisya mengangkat wajahnya memandang Nadiha. "Ungku Ramisa upah orang untuk belasah Haq. Hmmm.... mungkin dia tak berniat nak cederakan tapi terus bunuh."

"Cik Trisya!" Nadiha terperanjat hingga lututnya kendur.

"Sebab itu saya minta awak 'sorokkan' Munirah dan Puteri ke London. Saya nak ajar muka mereka supaya tahu langit tu tinggi atau rendah. Ini soal nyawa, Nadiha. Mereka dah bertindak di luar batas normal manusia."

Trisya mencapai beg tangannya. "Saya ke hospital dulu, Nadiha. Awak masih tak nak balik? Jangan lambat sangat."

"Belum lagi, Cik Trisya." Nadiha tidak bimbang. Suaminya yang menjawat jawatan di Double B Scarf turut sama bekerja hingga awal pagi.


Your cart is currently empty.
Continue shopping