• FREE POSTAGE For Order Over RM50 I Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • menyayangimu sampai habis waktu
  • menyayangimu sampai habis waktu cb
  • photo_2023-01-17_11-14-05
  • photo_2023-01-17_11-14-10
  • 202301151624_0001

[KARYA SENI] MENYAYANGIMU - PENA KAYU

RM 20.40
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: Karya Seni

Penulis: Pena Kayu


Nurul Inara itu kakak kembarnya. Yang mama agung-agungkan. Yang mama puja separuh mati. Dia pula, sekadar anak itik yang hodoh di mata mama. Dia Nurul Iman yang dilupakan oleh mama.

Jadi apabila Inara telah menconteng arang ke muka mama, Iman puas hati. Sekarang mama perlu belajar bahawa Inara itu bukan sempurna. Tetapi kenapa Iman  rasa, dia menipu dirinya dengan berkata puas hati? Kenapa dia mesti bersedih dengan nasib yang menimpa Inara?

Ahmad Hadrian itu pula apa kemarahannya.  Lelaki itu yang merosakkan Inara. Marahnya pada Hadrian tak pernah surut. Tempoh 5 tahun belum cukup untuk membuang segala kesumatnya pada lelaki itu. 

Apabila timbul krisis dalam hubungan Iman dengan bekas tunangnya, mama memetik nama Hadrian sebagai bakal suaminya. Gila. Itu benar-benar cadangan gila. Inara bagaimana? 

Iman membantah keras cadangan mama. Namun krisis yang timbul semakin meruncing, sehingga memaksa Iman membauat keputusan sama gila. 

"Rahayu call mak semalam. Dia beritahu, Iman dah setuju. Iman setuju kalau mak masuk melamar."

Iman tidak pernah mengenali Hadrian secara dekat. Berbual punjarang sekali. Yang ada dalam dirinya cuma segunung prejudis dan perasaan negatif terhadap lelaki itu. 

Tetapi kenapa semakin hari, Iman rasa dia salah membaca lelaki itu? Kenapa Iman rasa, Hadrian bukan seperti yang difikirkannya? Lebih penting lagi, kenapa dia mesti berfikir tentang semua ini semua? Atau dia sudah jatuh cinta pada lelaki itu?

Gila. Ini kegilaan nombor dua!

"Kadang-kadang,Iman.. Apa awk fikir tak sama dengan realiti. Awak perlu bertanya untuk kebenaran."- HADRIAN

Terlalu banyak rahsia yang perlu Iman singkap satu per satu. Dan setiap rahsia yang tersingkap. hanya membuat hatinya semakin dekat pada Hadrian.

Yang tak berjaya Iman singkap, adalah rahsia Inara sendiri. Rahsia yang terlalu gelap. Terlalu menyakitkan. Dia mungkin kehilangan Hadrian, dalam proses dia menyingkap rahsia Inara. Kerana Hadrian itu, selamanya lelaki Inara.

"Awak masih berfikir tentang dia?"- IMAN

"Ya.Setiap detik."-HADRIAN

Your cart is currently empty.
Continue shopping