• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • qasidah.png
  • 00.jpg
  • uh_202206280924_0001 - Copy.jpg

[KARYA SENI] QASIDAH BUAT KHADIJAH

RM 28.05
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: KARYA SENI

Penulis: HANA ILHAMI


MUHAMMAD: Mempunyai ilmu agama yang tinggi, ditambah dengan 30 juzuk al-Quran di dalam dada, bukanlah bermakna dia tak boleh jatuh cinta. Cinta itu milik setiap insan. Apa yang penting, iman dan takwa dijadikan sempadan agar tidak tersasar.

"Khadijah juga tak cantik" - ZULAIKHA

"Mempunyai al-Quran dalam dada, merupakan satu kelebihan yang tiada tandingannya. Tentu saja Khadijah lebih cantik dari segala-galanya mak cik. Itu sudah mencukupi bagi saya." - MUHAMMAD

Malangnya, pinangan ditolak dan gadis idamannya lari jauh ke Yaman.

KHADIJAH: Anak kedua kepada pasangan Zulaikha dan Yusuf itu merupakan seorang yang keras hati dan kuat memberontak. Segala kerenahnya membuatkan pasangan itu pening kepala. Namun begitu, otak Khadijah cerdas. Dia berjaya menamatkan hafazan al-Qurannya dalam tempoh yang jauh lebih pantas berbanding rakan-rakan madrasahnya yang lain.

"Abi nak ingatkan Khadijah, jangan sesekali buat hal dekat sini. Kalau Khadijah call aje umi atau abi kata nak balik, abi akan terus terima lamaran Muhammad" - YUSUF

Gara-gara pinangan Muhammad, Khadijah kini tercampak jauh di Tarim yang dikenali sebagai Bumi Seribu Wali. Tarim merupakan pusat ilmu dan pentarbiahan yang hebat. Namun bagi Khadijah, Tarim merupakan bumi tandus lagi mundur. Sudahlah pasar rayanya ala-ala Chow Kit dan tiada barangan berjenama, nak melayari Internet pun sebulan sekali saja dibenarkan. Merasakan dirinya terbuang, Khadijah nekad memutuskan hubungan dengan keluarga.

"Kita nak cari mamat Arab handsome kat sini. Lepas tu kita nak menetap terus kat Yaman. Kita tak nak balik Malaysia lagi dah." - KHADIJAH

Demi menyatukan semula Khadijah dengan keluarganya, Muhammad melakukan seuatu yang di luar pemikiran. Melalui Anggerik Desa, Muhammad dapat mengetahui segalanya tentang Khadijah. Khadijah memberitahu Anggerik Desa yang dia sudah jatuh cinta dengan seorang lelaki Yaman. Tampan dan berkerjaya sebagai doktor. Fikiran Muhammad semakin kacau apabila dia diminta untuk menguruskan madrasah Pak Cik Sahar, iaitu sahabat baik bapanya. Tak hanya menjadi mudir, Pak Cik Sahar mahukan dia jadi menantu!

"Apa salahnya? BUdak Aida tu tak lama tamat belajar. Eloklah kalau kita masuk meminang sekarang. Habis saja hujung tahun ni, terus kita langsungkan perkahwinan mereka." - RAOF

Perlukah Muhammad mencuba dan terus mencuba untuk dan terus mencuba untuk mendapatkan Khadijah atau menjadi anak yang taat? Akan terdendangkah qasidah khas buat Khadijah?


PETIKAN BAB 1


Rasa ini bukan dibuat-buat
Rasa ini anugerah dari Tuhan
Apa aku perlu buat
Memagari rasa itu dengan tiang Iman
Sesungguhnya cinta itu milik setiap insan 

Ogos, 2014


"Anta sabarlah. Adik ana tu masih muda dan masih belajar lagi. Kalau dah jodoh tak ke mana". Terngiang-ngiang kata Abdul Rahman di cuping telinga Muhammad. Tangannya yang diletakkan di atas dahi dijatuhkan. Muhammad tak dapat lena. Entah apa yand sudah melanda hatinya. Hatinya begitu tak keruan semenjak dua menjak ini. Apakah hatinya telah dilanda tsunami cinta?

Muhammad bangun dari perbaringan. Sia sia saja dia berkalih badan ke kiri dan ke kanan. Lena tak juga datang. Muhammad duduk di birai katil pula. Mindanya mengimbas semula peristiwa di rumah sahabat baiknya, Abdul Rahman.


Your cart is currently empty.
Continue shopping