Terbitan: KOMIK-M
Penulis: POYO
MENARIK DALAM BUKU INI:
- Menghimpunkan komik
Lawak Budak Sekolah #1
Lawak Budak Sekolah #2
Lawak Budak Sekolah #3
Dalam satu buku - 100% berwarna
- Bonus: Komik Eksklusif Abang F 'Legasi Poyo'
- Bonus: Cerpen Eksklusif Ilmar Imia 'Mana Papa?'
JOM KENALI WATAK DALAM LAWAK BUDAK SEKOLAH
- AHMAD SAIFUL
Nama penuh:
Ahmad Saiful bin Ismadon
Kelas:
2 Melati
Penglibatan Kokurikulum:
Aktivit Sukan:
- Lari dalam guni
- Pecahkan belon
Kelab/Persatuan
- Persatuaan Pengakap
Ulasan guru kelas:
Murid yang baik, tetapi mempunyai masalah datang lambat ke sekolah. Sangat suka bermain teka-teki. - ABU JIMI
Nama penuh: Abu Jimi bin Musalman
Kelas: 2 Melati
Penglibatan Kokurikulum:
Aktivit Sukan:
- Cari duit syiling dalam tepung
Kelab/Persatuan:
- Persatuan Pengakap
Ulasan guru kelas:
Murid yang baik dan kuat berusaha di dalam kelas. Namun dia mempunyai satu masalah pelik, iaitu sangat takut dengan lipas. - SUNTER
Nama penuh:
Sunter a/l Osthi
Kelas:
2 Melati
Penglibatan Kokurikulum:
Aktivit Sukan:
- Bola sepak
Kelab/Persatuan:
- Kelab Penyokong Harimau Remaja FC
Ulasan guru kelas:
Murid yang sangat obses dengan sukan bola sepak. Berperangai pelik kerana datang ke sekolah membawa bola. Sunter dan bola boleh diibaratkan seperti air yang dicincang tidak akan putus. - AH MOI
Nama penuh:
Ah Moi Chan Tek
Kelas:
2 Melati
Penglibatan Kokurikulum
Aktiviti Sukan:
- Isi air di dalam botol
Kelab/Persatuan:
- Persatuan Bulan Sabit Merah
Ulasan guru kelas:
Murid yang comel di dalam kelas - CIKGU ISMAIL
Nama penuh:
Ismail bin Idris
Guru Kelas:
2 Melati
Penglibatan Kokurikulum:
Aktiviti Sukan:
- Menjadi pengadil perlawanan bola sepak antara kelas
Kelab/Persatuan:
-Penasihat PIBG
Ulasan guru kelas:
Menonton drama Korea - TOMPOK
Nama penuh:
Tompok
Kelas:
Tiada kelas sebab tidak perlu bersekolah
Penglibatan Kokurikulum:
Aktiviti Sukan:
- Berlari mengejar tikus
Kelab/Persatuan:
- Kelab Disney Malaysia
Ulasan guru kelas:
Mengapa saya perlu beri ulasan kepada Si Tompok?
(Sambil garu-garu kepala) - KARUPALAI
Murid berbangsa India yang wajahnya saling tidak tumpah seakan Profesor Madya Karumalai. Juga mempunyai kebolehan seperti beliau dalam mencipta perkakas dan gajet baru. - HASBULLAH BAWANG
Wartawan berwibawa yang pernah muncul dalam tutorial melukis komik dalam komik TERLALU POYO terbitan Komik-M - ENCIK PENJENAYAH
Melakukan kerja-kerja merompak dan meragut di celah-celah bangunan dengan bersenjatakan sebilah pisau sahaja. - ABANG F
Nama panjangnya adalah Froggypapa. Seorang jejaka berjerawat batu yang memasang impian menjadi seorang artis komik ternama. - KOJAK
Ketua Kumpulan Budak-Budak Nakal Sekolah Rendah Mawar Beracun (KBBNSRMB) yang berbadan gempal. Suka membuat kekecohan di mana-mana sahaja. - MUSALMAN
Pengikut setia KBBNSRMB. Berambut gaya GQ yang komited dengan ketawa bersama-sama Kojak setelah melakukan kekecohan dan kemungkaran. - S.KADIR
Pengikut setia KBBNSRMB yang juga komited dengan ketawa bersama-sama Kojak setelah melakukan kekecohan dan kemungkaran.
×
×