• engineer kompeni sebelah
  • engineer kompeni sebelah cb
  • photo_2022-12-13_15-21-07
  • photo_2022-12-13_15-21-00
  • photo_2022-12-13_15-21-02
1
SALE

[KOMRAD] ENGINEER KOMPENI SEBELAH - HAN HANIF

Regular price
RM 19.80
Sale price
RM 19.80
Regular price
RM 22.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Komrad

Penulis: Han Hanif 


Alkisah pada satu zaman dahulu, seorang Timbalan Pengurus Jabatan bahagian pentadbiran bernama Ali Hansen yang handsome, meminta aku menulis buku panduan supaya staf baharu dalam Unit Pengurusan Projek dapat cepat sampai ke tahap kepandaian aku.

Wah, penat lelah bekerja seolah-olah aku diiktiraf dengan sebidang karpet terbang seperti dalam Hikayat Seribu Satu Malam! Bagaimana hendak aku mulakan? Apa kata kuncinya? Berapa lama masa yang ada? Mampukah aku memenuhi permintaan Ali itu? Oh bos! Mana bos!

"Cubalah", kata bos setelah aku terjemah ke dalam Bahasa Melayu. 

Sebagai seorang Asistant Principal Engineer, David Mohan Raj, bos aku ini boleh menyokong tuntutan elaun kerja lebih masa sekiranya perlu. Bersama tandatangan Ali, permohonan aku nanti tidaklah mendatangkan masalah kepada Kapten Siva, iaitu Sivaananthan Karunakaran, seorang Principal Engineer.

Malangnya, setelah aku menghabiskan elaun tersebut dengan cepat, buku panduan itu masih tidak muncul juga pada zaman kerajaan Pakatan Harapan memerintah bumi Malaysia. Oh, aku rasa bersalah!

Sekali-sekala kesalahan lalu itu datang bertanya dalam mimpi. Tidakkahaku rasa bertanggunjawab? Bilakah aku akan pandai menulis supaya pembaca tidak buat kesilapan seperti yang telah aku lakukan?

Sebagai manusia biasa, aku juga ingin tidur lena . Mungkin tatkala buku itu terbit, aku makin pantas mengejar mimpi-mimpi baharu. Pastinya aku mahu terus belajar hingga ke peringkat tinggi. Semoga nanti apa yang terbaik daripada aku menjadi cukup bagus buatmu.

Kepada jurutera baharu, bakal jurutera di pusat pengajian tinggi, adik-adik di sekolah, guru-guru, ibu bapa,dan sesiapa sahaja yang ingin meneroka alam kejuruteraan, terimalah secebis Kompeni Sebelah ini daripada aku. 

- Han Hanif