• mat cleaner
  • bvj_202212261616_0001 - Copy
  • photo_2022-12-26_16-30-31
  • photo_2022-12-26_16-30-31 (2)
  • tg_202212261617_0001 - Copy
1
SALE

[KOMRAD] MAT CLEANER UK - AHMAD AFFZAN ABDULLAH

Regular price
RM 18.00
Sale price
RM 18.00
Regular price
RM 20.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: KOMRAD

Penulis: AHMAD AFFZAN ABDULLAH


Ada orang yang jadi tukang cuci sebab pilihan sendiri. Ada orang memang tak ada pilihan, sekadar itu sahaja kebolehan mereka. Bukan semua orang boleh cuci najis dan kotoran orang lain, tapi tukang cuci dah lalui itu semua. Mereka dah mudahkan kerja kita. Mereka kotorkan tangan supaya tangan sendiri tak kotor.

Ini semua kita perlu hargai.

Kerja sebagai tukang cuci ini memang penat. Kotor. Busuk. Tapi apabila kami berjumpa dengan pelanggan dan tetamu yang melayan kami seperti manusia, penat lelah kami itu seolah-olah hilang ditiup angin.

Ya, kami tukang cuci ini juga manusia. Ada hati dan perasaan. Ada masa kami tertekan, ada masa kami sedih, ada masa kami terluka.

Sama seperti pekerja kolar putih. Kmai juga ada tugasan yang perlu disiapkan dalam masa tertentu. Jadi kami ada pelanggan yang baik hati membantu meudahkan kerja kami. Alangkah gembiranya kami.

Terima kasih pelanggan yang baik hati.

Terima kasih kerana melayan kami seperti manusia.


BAB 4: ORIENTASI


Saya diperkenalkan kepada para penyelia dan rakan sekerja lain pada hari 'orientasi' itu. Tak menghairankan, majoritinya pelajar Malaysia sama ada Melayu atau Cina. Zul, seperti yang dijanjikan, turut hadir dan berdiri sebaris dengan penyelia yang lain.

Semuanya muka yang saya tak pernah jumpa sebelum ini.

TJ, berbangsa Cina dan berkaca mata. Ini tahun kedua dia bekerja di sini, jadi tahun ini dia jadi penyelia. Pelajar kejuruteraan elektrik di Imperial College, cuma muda setahun daripada saya.

Razman, orangnya kurus dan sedikit jongang. Daripada percakapannya, nampal macam suka berlagak. Tapi mungkin itu perasaan saya saja. Razman juga jadi penyelia di situ.

Bani, tinggi dan besar orangnya. Dia merupakan orang kanan Helen. Menurut kata Zul, Bani dan Razman sudah tidak lagi meneruskan pengajian. Umur mereka pun tiga ke empat tahun lebih tua daripada kami.

Ada dua lagi pelajar Malaysia, kedua-duanya jadi tukang cuci biasa macam saya. Mereka pelajar tahun pertama, Jason dan Andrew. Kesimpulannya, yang sama umur dengan saya cuma Zul.

'Kawan aku semua dah kaya agaknya. Aku seorang saja yang tak cukup duit,' fikir saya.

Bekerja di Southside Halls ini umpama bekerja sebagai tukang cuci di hotel. Kalau ada tetamu yang sudah keluar, saya perlu tukar cadar, sarung bantal dan sarung duvet. Tandas perlu dibersihkan seluruhnya, termasuklah menukar tuala, sabun dan syampu. Tisu tandas pula perlu dibuat bentuk segi tiga di hujungnya.

Kalau buat dengan betul, 10 minit siap!

Untuk pembersihan biasa, tak perlu tukar cadar. Tak boleh juga mengalih mana-mana barang peribadi tetamu. Kalau bersepah, biarkan bersepah. Cuma perlu lap meja dan singki. Untuk tandas, bersihkan mangkuk tandas, shower dan singki di dalam tandas.

Untuk kerja cuci-cuci yang biasa ini, sepatutnya siap dalam lima minit satu bilik.

Senjata kami, kain lap, mop dan baldi serta bahan pencuci. Bahan pencuci pun ada pelbagai jenis, diberikan nama R1 dan R2. Guna R1 untuk cucian biasa dan untuk tujuan mengelap. Guna