• Free SHIPPING for orders over RM100 || Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • abu nawas
  • hj_202301301432_0001
  • photo_2023-01-31_16-49-36
  • photo_2023-01-31_16-49-36 (2)
  • kn_202301301432_0001
SPECIAL PROMO

[LATIP & KELUARGA] ABU NAWAS CENDEKIAWAN YANG DISANGKA DUNGU

RM 25.50
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: LATIP & KELUARGA ENTERPRISE

Penulis: ABDUL LATIP TALIB


Umum hanya mengenalinya sebagai seorang cendekiawan yang lucu lagi bijaksana. Terkadang dia berlagak seperti seorang yang dungu.

Namun hakikatnya, beliau seorang yang tinggi pelajarannya. Seorang ilmuwan yang berwajah kacak.

Kebijaksanaan Abu Nawas dalam ilmu dan syair menarik hati Khalifah Harun Al-Rasyid. Dia diberi penghormatan istana dan sering kali dirujuk sekiranya ada masalah yang timbul.

Abu Nawas juga saya bijak dalam mengkritik pemerintah dengan kelakuan lucunya. Inilah kisah Abu Nawas cendekiawan yang disalah sangka.


PETIKAN BAB 5 HAKIM YANG TAMAK


Pada suatu petang, ketika Abu Nawas sedang mengajar murid-muridnya, ada dua orang tetamu datang ke rumahnya. Yang seorang adalah wanita tua penjual kopi, manakala seorang lagi adalah seorang pemuda dari Mesir yang kelihatan lesu dan kecewa.

Wanita tua itu mengadukan sesuatu kepada Abu Nawas, kemudian barulah giliran pemuda itu pula. Setelah mendengar aduan mereka berdua, Abu Nawas menyuruh murid-muridnya menutup kitab mereka.

"Sekarang pulanglah kalian. Ajak teman-teman kalian datang ke mari pada malam hari ini sambil membawa cangkul, penggali, kapak dan tukul besi serta batu."

Murid-murid Abu Nawas berasa hairan, namun mereka taat kepada perintah Abu Nawas. Mereka berasa yakin gurunya yang selalu membuat kejutan berada di pihak yang benar.

Pada malam harinya, mereka datang ke rumah Abu Nawas dengan membawa semua peralatan yang diminta.

Di hadapan mereka, Abu Nawas memberi arahan, "Marilah kita pergi merobohkan rumah tuan hakim yang baru dilantik."

"Hah? Rosakkan rumah tuan hakim?" Kesemua murid Abu Nawas terperanjat.

"Kalian tidak perlu ragu-ragu. Laksanakan sahaja perintahku ini!" kata Abu Nawas menghapus keraguan murid-muridnya.

"Jika ada sesiapa yang melarang, jangan diendahkan, terus pecahkan sahaja rumah tuan hakim yang baru itu. Siapa yang bertanya, katakan saja aku yang menyuruh merobohkannya. Barang siapa yang hendak memukul kalian, maka pukullah mereka dan lemparilah dengan batu."

Mendengar kata-kata sang guru, murid-murid Abu Nawas pun bertolak ke arah rumah tuan hakim. Mereka pun menjerit-jerit sambil memecah dan merobohkan rumah itu.

"Pecahkan! Robohkan rumah ini!"

Orang-orang kampung berasa hairan melihat kelakuan mereka. "Hentikan perbuatanmu ini! Hentikan!" teriak orang kampung.

Tuan hakim juga begitu cemas apabila rumahnya dihancurkan orang. Orang-orang kampung itu berusaha mencegah perbuatan mereka, namun kerana jumlah murid-murid Abu Nawas terlalu ramai, maka orang-orang kampung tidak berani melarang.

Melihat ramai orang merobohkan rumahnya, Tuan hakim segera keluar dan bertanya, "Siapa yang menyuruh kalian memecahkan rumahku?"

Murid-murid itu menjawab, "Guru kami Tuan Abu Nawas yang menyuruh kami melakukannya!"

Setelah menjawab, mereka menyambung semula menghancurkan rumah tuan hakim hingga rumah itu roboh dan rata di atas tanah. Tuan hakim hanya mampu marah-marah kerana tidak ada orang yang berani membelanya.

"Abu Nawas memang gila! Aku bukan ada lakukan apa-apa padanya. Ini tidak adil. Besok pagi aku akan melaporkannya kepada Khalifah Harun."

Keesokan harinya, tuan hakim mengadukan peristiwa semalam. Abu Nawas dipanggil menghadap khalifah.

"Wahai Abu Nawas, mengapa kau merobohkan rumah hakim itu?" tanya Khalifah Harun dengan hemah, dia tahu orang di hadapannya itu pasti ada jawapan yang munasabah.

"Wahai tuanku, sebabnya adalah pada suatu malam patik bermimpi tuan hakim menyuruh patik merobohkan rumahnya. Sebab rumah itu tidak sesuai baginya, dia menginginkan rumah yang lebih bagus."

Your cart is currently empty.
Continue shopping