Sudah bukan rahsia lagi kalau Negeri Kelantan DarulNaim dikenal sebagai sebuah negeri yang sangat berlainan daripada negeri-negeri Melayu lain di Semenanjung Malaysia. Kelainanan ini bukan sahaja tampak pada warna Melayu dan Islamnya yang kental, pada permainan politiknya yang culas dan cenderung berani, pada permainan warisan seni dan budayanya yang kaya dan pelbagai, pada dialek bahasanya yang ganjil, atau pada watak Kelantanesenya yang keras dan tegar, akan tetapi juga dapat dirujuk dan ditelusuri lewat sejarahya yang panjang dan lama. Malah tidak salah kalau dikatakan bahawa "faktor sejarah" ini turut berperanan membentuk watak dan jatidiri Kelantan sehingga menjadikannya sangat berlainan dan berbeza daripada saudara-saudara Melayunya yang lain.
Kerana kelainannya yang seperti ini, maka jangan hairan apabila negeri Kelantan sentiasa menggamit perhatian para pelancong, atau malah para ilmuan dari berbagai pojok dunia, untuk datang bertemasya atau membuat kaji selidik di negerinya yang terpencil, dan dikucilkan tetapi indah ini.
Buku ini adalah secuil dari upaya yang dapat kami lakukkan dalam usaha mengungkapkan khazanah kekayaan sebuah negeri yang dikenal dengan berbagai nama dan jolokan ini.