Buku ini merupakan titik penting dalam memperkata tentang masjid-masjid di Kelantan. Memandangkan kekangan sumber maklumat berkenan penulisan buku ini, usaha untuk mendapatkan maklumat latar belakang masjid bergantung kepada usaha lisan masyarakat setempat. Bagi membolehkan proses pengumpulan maklumat dibuat, pihak MAIK telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelidik dan merekod fakta-fakta penting sama ada dari segi sejarah, peranan, seni bina, infrastruktur dan lain-lain yang berkaitan.
Masjid adalah sinonim dengan Islam. Ia memainkan peranan yang penting dalam penyebaran dakwah Islamiah dan melambangkan jati diri kehidupan muslimitu sendiri. Di Kelantan, 92 peratus daripada 1,707, 000 penduduk adalah Melayu beragama Islam. Masjid terletak ditengah-tengah kehidupan mereka bukan sahaja sebagai tempat beribadah, tetapi juga tempat kegiatan keagamaan dan sosial. Selain daripada itu, ia diimarahkan sebagai tempat belajar al-Quran, kuliah agama, akad nikah dan pelbagai fungsi lain.