• sekali
  • ikj_202305031532_0001 - Copy (2)
  • manes4
  • photo_2023-05-03_15-41-57
  • photo_2023-05-03_15-41-57 (2)
1

[MANES WORDWORKS] CINTA, UNTUK SEKALI LAGI - LILA VEE

Regular price
RM 31.50
Sale price
RM 31.50
Regular price
RM 35.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: MANES WORDWORKS

Penulis: LILA VEE


I

Lima tahun. Satu tempoh yang agak lama untuk seseorang ‘move on’ daripada kisah cinta yang pernah bertanda dalam hati. Tapi entah kenapa, sejauh mana Anne Dahlia cuba lari, sekuat mana dia cuba menafikan, cinta itu tetap gagal dipadamkan daripada memori.

“You nampak benteng pasir kat tengah tu? Macam mana kuat pun ombak, macam mana deras arus sungai... dua-dua tak boleh bercantum. Sama macam kita!” - Anne


II

Kata orang, cinta tak semestinya memiliki. Tapi, kata Idlan Zuhairi… sekali cinta itu sudah dimiliki; dia tidak akan beralih arah lagi. Biarpun si dia sudah tidak mahu berjalan seiring dengannya lagi.

“Well, there’s a weird pleasure in loving someone who doesn’t love you back.” - Alan

Bagi kebanyakan kisah cinta, biasanya dimulakan dengan ‘love at the first sight’ dan berakhir dengan ‘happily ever after’. Tapi sayangnya, kisah cinta ‘Anne dan Alan’ ini tidak semudah itu. Lantas, mereka akur memilih jalan yang berbeza untuk mencari erti bahagia sendiri-sendiri/ masing-masing.

Tapi, bagaimana jika jalan yang dipilih itu, membawa mereka ke penghujung yang sama? Dapatkah mereka menerima cinta, untuk sekali lagi?

***

Cinta, untuk Sekali lagi memperlihatkan kematangan Lila Vee dalam membina plot, latar dan 'menghidupkan' watak Anne dan Alan. Tahniah, Lila Vee! - Noor Suraya, editor




PETIKAN BAB 18


"Nak buat apa you berhenti kat sini?"

Anne tercengang apabila Honda Civic milik Alan tiba-tiba berhenti di hadapan sebuah kedai pembekal barang bakeri yang tersergam papan tanda 'Bake with Yen' itu. Sepatutnya, Alan akan hantar dia ke sekolah semula selesai makan tengah hari tadi untuk ambil kereta. Tapi dari tadi hatinya terasa sesuatu apabila dia nampak Alan membelok stereng ke arah bertentangan dari jalan yang sepatutnya mereka tempuh.

"Tolong buatkan I lemon butter cake."

Anne membuntangkan mata menghadap lelaki yang sedang elok bersandar di tempat duduk pemanndu ketika itu.

"Ehh, kenapa I nak kena buatkan untuk you pula? Kan I cakap tadi I dah tak minat baking. Barang baking pun semua dah berkarat dalam stor."

"You buat kek untuk Lee, you buat untuk anak Cik Su, tapi you tak nak buat untuk I? I rindu nak makan kek you buat."

Anne hanya memejamkan mata. Pura-pura tak mahu mendengar apa yang diperkatakan oleh Alan di sebelah telinganya itu.

"You tahu kan, biasa kalau orang kasi kuih kat kita, kena balas balik, kan?"

"Eh?"

"I bagi you kuih pagi tadi siap pakej kopi lagi, you tak nak balas balik, ke?"

Anne mendecit geram. Terasa ringan sahaja tangannya hendak melayangkan penumbuk barang sedas dua dekat Alan.

"I tak minta pun. You yang gatal bagi, lepas tu nak mengungkit."

Alan ketawa besar memandang wajah Anne yang muncung ketika itu. "I saja nak usik you. Garang tak berubah." Ketawa Alan yang masih bersisa itu buat Anne bertambah geram. Tapi dalam masa yang sama dia sendiri pun terasa seperti hendak ketawa bersama. Entah apa kuasa magis yang lelaki ini guna agaknya.

"I'm trying to distract you from over-thinking Anne. You should do things that make you happy, and stress-free."

Disebabkan ayat terakhir Alan itu, Anne sekarang sedang berdiri di sisi kabinet dapur menghadap mixer dan barang-barang membuat kek ini. Otaknya ligat mengingat kembali cara-cara membuat lemon butter cake yang dah hampir lima tahun dia tak pernah buat itu.

Kalau tidak dulu, selang seminggu mesti Alan akan request kek ini untuk minum petang. Alan memang jenis lelaki yang suka makan kek. Dia sendiri