• FREE POSTAGE For Order Over RM50 I Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • cikgu
  • yh_202212261614_0001
  • photo_2022-12-28_09-06-23
  • photo_2022-12-28_09-06-23 (2)
  • hbv_202212261614_0001

[MUSTREAD] CIKGU KAMPUNG - SHAHIDAN SHUIB

RM 17.85
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: MUSTREAD

Penulis: SHAHIDAN SHUIB


Sabar akan bisa membimbingmu ke daerah kekuatan yang melorongkan dirimu pada akhir sebuah cerita yang indah.

"Tulisan yang ditulis dengan cermat tentang kehidupan seorang guru. Catatan pengalaman bersama murid yang menarik dan memberi inspirasi kepada pembaca. Kisah sebegini perlu dibaca oleh semua golongan masyarakat. Kisah yang selama ini hanya guru sejati yang mengalaminya, kini dikongsi untuk semua. Dan benarlah seperti kata penulis, seorang guru banyak belajar daripada muridnya sendiri."

- Cikgu Fadli Salleh, penulis buku Cikgu Kelas Sebelah


"Buku ini mungkin tidak setinggi maqam La Tahzan, namun insya-Allah ia boleh merawat hati kita yang kesepian. Sepi, daripada sebarang perjuangan... Buku ini mungkin tidak setebal dan sepadat Laskar Pelangi Andrea Hirata. Namun, jika ia dibaca saat hati terluka, insya-Allah, muncul satu kekuatan baru... Buku ini mungkin tidak semewah Chicken Soup for the Soul, yang bersiaran beri motivasi ke seluruh dunia, namun bagi sebuah dunia kecil murid-murid di sekolah dan perkampungan hulu, buku inilah segalanya."

- Al Irfan Jani


Bendi Untuk Cikgu


Aku memang sudah lama mengenali Aina. Malah, abang dan kakaknya juga bekas murid-murid aku. Berulang-alik memandu keretaku melalui jalan kampung Aina, aku perasaan sebidang kebun sayur yang luas di tepi kampung. Mungkin kacang panjang yang ditanam, bisik hatiku hari tiu. Setelah bertanya dengan pengawal sekolah, barulah aku menyedari kebun sayur yang luas itu usaha milik abang sulung Aina. Pernah juga sewaktu pulang dari sekolah, aku melihat ibu Aina sedang memerah keringat di kebun itu.

Minggu lalu, aku sempat bertanya kepada Aina, "Abang dengan emak tanam pokok sayur apa di sana?"

"Kubis, timun, bendi, kacang panjang, cikgu."

"Oh, bagusnya, seronoknya!"

"Nanti, apabila sudah sampai waktu nak kutip, cikgu nak beli sikit boleh tak?"

"Boleh, cikgu nak sayur apa?"

"Bendi, timun, tapi cikgu mahu sikit sahaja tahu, cikgu duduk berdua sahaja di rumah."

Hari ini, sewaktu menghadiri program di sekolah, aku disapa oleh pengawal sekolah. "Cikgu, semalam ada seorang budak berikan sayur bendi kepada cikgu, tapi masa itu cikgu sudah balik ya," katanya sambil menyerahkan seplastik besar sayur bendi kepada aku. Tergamam aku, Aina oh Aina.

"Alahai banyaknya, buat kenduri tahlil bacaan doa cukup untuk semua jemputan makan semua kacang ini," aku mengomel. Tersenyum sendirian.

Sudahnya, bendi itu aku sedekahkan kepada beberapa guru perempuan di sekolah. Separuhnya dibawa pulang. Itu pun suri tetap mengomel sayur bendi itu masih banyak untuk dimakan oleh kami berdua sahaja.

"Tidak mengapa, rebus banyak-banyak. Abang akan makan semuanya."

Ya Allah, terima kasihlah buat Aina yang katanya, emak bersedekah sayur itu untuk aku dan suri.

Alhamdulillah, Allah berikan rezeki walaupun sejenis sayur sahaja. 

Nikmat memberi itu bukan milik sesiapa. Ada orang punyai harta melimpah-ruah pun sungguh liat mahu memberi. Namun, ada juga yang tidak mempunyai apa-apa, sekadar kasih sayang seorang anak murid kepada guru, mampu memberi sesuatu yang bermakna sekalipun hanya kacang bendi.

"Rasa bahagia itu datang mengalir kerana kemampuan kitauntuk memberi meskipun apa yang kita ada bukanlah sebanyak mana, namun memberi itu telah menerbitkan rasa memperoleh dan memiliki kaya di hati."


Faizal


Tidak semua antara kita dilahirkan di dunia sebagai seorang anak yang bijaksana. Sepanjang pengalaman aku sebagai seorang guru, aku harus sentiasa berlapang dada untuk menerima hakikat itu.

Faizal merupakan seorang murid yang sangat perlahan perkembangan mindanya. Ibunya pernah memberitahuku, sewaktu kecil Faizal pernah mengalami sakit demam panas yang berpanjangan. Akibatnya, perkembangan otaknya sedikit terencat dan kecerdasan penaakulannya agak terbantut.

Aku pernah menyuruhnya menyebut perkataan 'perenggan'. Selama 15 minit, Faizal tidak mampu menyambung patah perkataan 'pe-reng-gan' sama sekali. Pandangan matanya melilau, tidak menumpu, tidak mampu fokus kepada pengajaranku. Sesekali, jika aku bertanya, dia sangat lambat menjawab. Aku pegang dengan lembut kedua-dua pipinya lalu menyuruhnya melihat mataku.

Your cart is currently empty.
Continue shopping