• migrasi
  • knm_202211140900_0001 - Copy
  • photo_2022-11-14_09-18-49
  • qas_202211140900_0001 - Copy
1
SALE

[PATRIOTS PUBLICATION] MIGRASI YANG BERLUMPUR

Regular price
RM 25.20
Sale price
RM 25.20
Regular price
RM 28.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: PATRIOTS PUBLICATION

Penulis: JEONG YOUNG-SUN

Terjemahan: SHAFIQAH AZMAN


Korea Utara merupakan satu-satunya tempat pada abad ke-21 yang tidak ada kebebasan bergerak. Disebabkan itulah, ada rakyatnya yang nekad untuk melarikan diri ke Korea Selatan walaupun nyawa merekamenjadi taruhan. protagonis buku ini, Juyeong, telah menghadiri temu duga di sebuah syarikat penerbitan. Di sana, di bertemu dengan Ejen Perisikan Nasional Ko yang memerintahkan Juyeong untuk memantau komen di internet. 

Selepas pilhan raya presiden, Ko menawarkan pekerjaan kontrak kepada Juyeong di UNIWON, sebuah organisasi pendidikan penempatan semula yang membantu pembelot Korea Utara. Di sana, Juyeong bertemu dengan anak-anak Korea Utara yang telah melarikan diri ke Korea Selatan atas pelbagai sebab.

melalui kisah kanak-kanak seperti Suji yang datang ke Korea Selatan bagi mencari kebebasan dan Changju yang ingin mencari wang untuk bermain bola sepak, kita dapat memahami kehidupan kanak-kanak dari Korea Utara yang tidak hanya menderita kerana kesepian dan keterasingan di tempat asing, tetapi juga terpaksa terus membuktikan diri agar mereka dapat diterima oleh masyarakat Korea Selatan. Dalam masyarakat yang didorong oleh neo-realisme, kebebasan mereka terbatas. Label "pembelot Korea Utara" bagaikan sudah melekat pada diri kanak-kanak ini.


PETIKAN BAB 13


TERMINAL yang baharu dibina itu lengang tanpa orang ramai. Di sebelahnya pula, terletak bangunan pusat membeli-belah lapan tingkat yang masih belum siap dibina. Pusat membeli-belah itu bakal menjadi bangunan terbesar di bandar ini, jadi mungkin mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Setiap hari, suami Geum Hyang tidak henti-henti mengutuk projek pembinaan yang mengambil masa begitu lama untuk disiapkan itu. Tidak ubah sperti siput. Kalau ikutkan hati, Geum Hyang sendiri mahu membantu menyudahkan pembinaan bangunan itu.

Bilangan pekerja dan peralatan pembinaan semakin lama semakin berkurang dengan ketara sehingga pada suatu hari, tiada seorang pun pekerja yang dapat dilihat di situ. Tanpa sesiapa beritahu pun, hakikat bahawa syarikat pembinaan itu telah muflis dapat dilihat dengan mata kasar. 

Kata mereka, pembinaan akan dimulakan setelah mereka mendapat bekalan kuasa. Namun sebenarnya, sudah beberapa bulan banguanan itu dibiarkan terabai. Bangunan yang hanya bahagian luar sudah dibina itu sangat mengerikan. 

Di luar bangunan itu, kelihatan orang ramai sedang menunggu di kerusi menunggu. Ada antara mereka yang mengisi perut dengan air soya yang dibeli dari kedai serbaneka. Perniagaan di situ langsung tidak dapat mangaut untuk dek bas menuju ke Seoul yang datang setiap 10 minit. Tempoh masa itu sebenarnya terlampau singkat sehingga hendak pergi ke tandas untuk membuang air kecil pun susah. Bas ke Cheonan, Suwon atau Incheon pula mempunyai jarak masa 40 minit hingga satu jam. Penumpang yang ingin menuju ke sana kebanyakannya menghabiskan masa dengan hanya duduk di atas kerusi keras di ruang menunggu, seolah-olah terlupa untuk makan.

Hanya beberapa orang pelanggan yang masuk ke dalam restoran untuk mengisi perut. Selepas melihat senarai yang memaparkan lebih daripada 20 jenis menu yang terlekat pada dinding dengan teliti, selalunya mereka akan memesan kimbap atau ramyeon.

Makanan seperti tonkatsu dan seolloengtang ditambah dalam menu selepas ramai yang membuat permintaan. Tetapi antara semua menu itu, yang paling laris ialah mandu. Tulisan 'mandu buatan tangan' yang berwarna merah ditampal pada pintu masuk.

Sebaik sahaja sampai ke restoran, Gueum Hayang terus memulakan kerjanya dengan memotong bawang merah dan daun bawang. Setelah bawang merah yang bulat itu dipotong separuh dan dicencang, hidungnya mula terasa perit dan matanya terasa pedih.

Tidak lama kemudian, Geum Hyang tidak dapat tahan lagi dan menitiskan air mata tanpa rela. Seterusnya, dia meletakkan bawang merah dan daun bawang yang sudah dicencang itu ke dalam kulit mandu. Terhasillah mandu buatan tangannya. Dengan cara itu, Geum Hyang boleh mendapat keuntungan yang jauh lebih besar daripada menjual mandu yang sudah siap.

Ketika Geum Hyang sibuk memotong bawang, tiba-tiba dia berhenti dan mengeluarkan telefon bimbit dari poket bajunya. Pada mulanya, Geum Hyang teragak-agak. Namun setelah seketika, dia mencari nombor Pusat Sokongan Pendidikan Asas dan menekan butang untuk membuat panggilan. Orang yang menjawab panggilan Geum Hyang kali ini ialah seorang lelaki. Hal ini membuatkan dia gemuruh.