• Free SHIPPING for orders over RM50 || Free BOOKMARK for all orders Shop Now!
icon-search
icon-search
  • pencari
  • zxvg_202211140901_0001
  • photo_2022-11-14_14-51-04
  • plm_202211140901_0001
SALE

[PATRIOTS PUBLICATION] PENCARI CINCIN SAKTI

RM 28.05
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: PATRIOTS PUBLICATION

Penulis: ALIFF MUSTAFA


Alam raya ini sedang menyaksikan fasa perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka, bukan sahaja para khalifah dari semua dunia yang dibangkitkan, malah musuh-musuhnya juga.

Ini ialah kisah seorang lelaki yang dikatakan akan memulakan peperangan terbesar pernah dunia ghaib saksikan.

Ini juga kisah seorang wanita yang melangkaui kematian untuk menyelamatkan nadi cintanya.

Dan yang menarik-narik benang kepada segala malapetaka itu adalah satu entiti yang sejak ratusan tahun lagi sudah merencanakan kebangkitannya. Kesudahannya akan menyedarkan mereka tentang hakikat kehancuran yang bakal tiba. Tujuan hidup mereka akan dipersoalkan semula di hadapan musuh yang sedang mara.


BAB DUA PULUH SATU

DI BAWAH SAYAP GARUDA


USAI solat maghrib, teratak itu dikunjungi oleh anak-anak kampung yang ingin belajar mengaji al-Quran. Sesuai arahan Haji Wan Ngah, Sophia akan menggantikan Hajjah Masni untuk memperbetulkan bacaan anak-anak ini. Walaupun sudah agak lama tidak membuka kalam suci, telinga dan lidah Sophia masih cukup baik untuk mengendalikan sesi pengajian malam itu.

Sebaik sahaja Rizal Khairi dan Haji Wan Ngah pulang dari masjid selepas isyak, mereka berempat menikmati makan malam bersama-sama sebelum menanti orang-orang yang bakal datang mempelajari ilmu persilatan pula pada malam hari.

Rizal duduk bersila di atas laman. Sebilah pedang unik yang besinya bercorak seperti air dipacak di hadapannya. Dia bertafakur seorang diri, menghilangkan kerisauan dan keraguan terhadap dunia, jauh terbang ke sebuah lembah yang hanya dia dan Sang Pencipta ketahui.

Dari dalam rumah, Sophia duduk bertemankan secawan kopi di belakang Haji Wan Ngah yang sedang menggulung rokok daun.

"Rizal tu siapa, tok?"

Soalan itu dibiarkan beberapa saat terbang tidak bertali sebelum ditarik oleh Haji Wan Ngah.

"Seseorang yang sama macam kau, pernah gagal dengan teruk."

Sophia hanya diam di belakang. Tanpa perlu bertanyam lelaki tua itu sudah tahu kebimbangan hatinya.

"Tetapi seperti kau juga, dia kembali ke akar semula. Akar jiwa manusia. Apabila keraguan, syak dan was-was kau hilang, kau akan nampak jalan yang kau nak tuju."

"Maksud tok?"

"Bukan ke kau ke sini kerana kau mencari jawapan tentang diri sendiri? Kau persoalkan sama ada kedudukan kau dalam imbangan kuat atau lemah?"

Benar. Gelaran pendekar terhebat Merak Sakti kedengaran seperti satu jenaka di telinganya. Kini, dia ibarat helang yang selama ini terbang terlalu tinggi kerana gelaran yang diberikan. Pada malam Emi diculik oleh Diana dan Ghul, barulah Sophia sedar yang dia cuma seekeor helang yang terbang di bawah sayap garuda.

"Macam mana, tok? Untuk saya jadi lebih kuat?"

"Kau tak akan jadi lebih kuat. Kau sudah pun kuat. Apa yang kau akan jumpa di sini nanti, hanya satu kesedaran sahaja."

Kesedaran? Kesedaran apa? Tak cukup lagikah yang dia sudah sedar tentang kelemahan dirinya? Perlukah dia menyeksa batinnya dengan persoalan yang penuh dengan teka-teki?

"Buat malam ni, tidurlah dahulu."


Bangsar Baru, Kuala Lumpur

Rxm yang dicampur pandan dan air kelapa sawit itu diteguk oleh Faizal Ilyas. Dia berseorang di hadapan meja bar, ditemani pelayan bar yang sedang membelah hirisan limau dengan cermat. Muzik jazz berkumandang di latar, menghanyutkan Faizal yang kelihatan tidak terurus. Bila kali terakhir dia tidur? Itu mungkin soalan yang ingin ditanya oleh wanita seksi bersubang besar di sebelahnya. Tetapi mereka cuma berdiam diri, meneguk apa sahaja yang dicadangkan oleh pelayan bar.

Selalu sahaja bayangan anggota polis yang ditembaknya malam itu muncul dalam imbasan memori, menghantuinya sehingga ke saat ini.


Your cart is currently empty.
Continue shopping