• Free SHIPPING for orders over RM100 || Free BOOKMARK for all orders Shop Now!
icon-search
icon-search
  • soviet
  • lomn_202211150935_0001 - Copy (2)
  • photo_2022-11-21_09-25-33
  • kmn_202211150935_0001 - Copy (2)
SALE

[PATRIOTS PUBLICATION] SOVIET DI HUJUNG JARI

RM 25.20
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: PATRIOTS PUBLICATION

Penulis: MOUSTAPHA ABBAS


"Kadang-kadang - sejarah memerlukan sedikit galakan." - Vladimir Lenin

Kesatuan Soviet, dahulunya merupakan sebuah empayar yang mampu berdiri sama gah dengan Amerika Syarikat, sang helang yang gagah terbang dari benua yang diapit dua lautan. Tindaknya selalu bikin Amerika, kuasa dunia itu tidak senang lena. Tindaknya si beruang ini sering kali bikin gusar berlabuh pada jiwa negara Uncle Sam itu.

Permualaannya yang berdarah, perjuangannya mempertahankan kedaulatan dalam perang paling membinasakan, kemandiriannya berdiri sama gagah dengan gergasi dunia yang lain, setiap inci sejarah empayar moden ini dicatatkan dalam sebuah kompilasi yang paling ringkas, tetapi disusun penuh hemah.

Sejarah kebangkitan dan kejatuhan, tokoh-tokoh yang dikaitkan dengan Soviet, juga peristiwa dan entiti yang mewarnai sejarah hebat lawan paling tanding Amerika Syarikat ini menjadi intipati Soviet Di Hujung Jari.

"Bukanlah wira yang menempa sejarah tetapi sejarah yang menempa wira." - Joseph Stalin


REVOLUSI RUSIA


Jika ditanya apa peristiwa bersejarah yang menggegarkan Rusia dengan hebat, ramai warganya melihat Revolusi Rusia 1917 sebagai peristiwa yang amat penting. Hal ini demikian kerana revolusi tersebut menyaksikan bukan sahaja pengakhiran dinasti Romanov sebagai pemerintah diraja Rusia tetapi juga menjadi batu asas kepada pembentukan Kesatuan Soviet yang diketuai Vladimir Lenin pada tahun 1922.

Ramai menyangka revolusi ini tercetus akibat rasa tidak puas hati rakyat terhadap Tsar Nicholas II dan pembabitan Rusia dalam WWI. Hakikatnya, benih revolusi ini sudah disemai sejak pertengahan abad ke-19 akibat sikap kerajaan ketika itu yang enggan beradaptasi dengan perubahan di luar sana.

Tidak seperti di Eropah Barat, sistem perhambaan serfdom, iaitu petani-petani tidak bertanah berkhidmat dengan tuan-tuan tanah mereka masih wujud sehingga abad ke-19. Bagi Eropah Barat, perkara ini dianggap sebagai satu sejarah kerana ia sudah lama ditinggalkan selepas Zaman Pertengahan. Maka, tidak hairanlah mengapa ramau melihat Rusia ketika itu sebagai sebuah kerajaan yang mundur dan kurang membangun.

Amalan serfdom ini hanya dihentikan sekitar tahun 1861. Peristiwa ini dilihat memberi lebih banyak kebebasan kepada para petani untuk bersuara dan mengatur hal ehwal mereka. Namun begitu, kebebasan yang diberi dilihat tiada nilai berikutan sesetengah daripada mereka tidak mendapat tanah atau hanya mendapat plot tanah yang kecil.

Keadaan ini sebenarnya memarakkan lagi api kemarahan mereka walaupun sesetengah tokoh yang terlibat dalam pemansuhan serfdom ialah anggota kerabat diraja Romanov sendiri seperti bonda saudara Tsar Alexander II, Grand Duchess Elena Pavlovna. Keadaan ini juga bertambah keruh dengan penyertaan lewat Rusia dalam Revolusi Perindustrian dan kesukaran mereka beradaptasi dengan revolusi tersebut.

Apabila Rusia menerima pengaruh Revolusi Perindustrian pada akhir abad ke-19, Rusia dilihat agak lewat berbanding kuasa-kuasa Eropah lain seperti Britain dan Perancis serta Amerika Syarikat. Apabila ia mula dilaksanakan, ia memberi kesan kepada aspek sosial dan politik Rusia. Antara tahun 1890 hingga 1910, populasi bandar-bandar besar Rusia seperti Moscow dan Petrograd bertambah sekali ganda ekoran aktiviti perindustrian.

Your cart is currently empty.
Continue shopping