Terbitan: Pelangi
Siri Genius PBD Tahun 4, 5 dan 6 diterbitkan khusus untuk membantu murid mencapai kecemerlangan dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD. Oleh itu, kandungan siri ini menerapkan latihan dan penilaian yang berkualiti serta menepati keperluan pentaksiran seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kandungan siri ini direka dan ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) serta buku teks terbaharu. Semua latihan dalam siri ini disusun secara sistematik dan disertakan pelbagai ciri ekstra bagi membantu murid menguasai pelajaran dengan mudah.
Elemen-elemen seperti KBAT, PAK-21 dan i-THINK diintegrasikan bagi menambahkan kefahaman murid tentang silibus serta elemen-elemen tersebut. Elemen Komik diperkenalkan untuk memberi nafas baharu kepada soalan sekali gus memvariasikan pembelajaran.
Pakej Resos Digital seperti Kuiz Gamifikasi, Animasi, Indo dan Video juga dimuatkan demi pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan menarik menerusi intervensi multimedia interaktif tersebut.
Subjek;
- Bahasa Melayu
- English
- Matematik
- Mathematics
- Sains
- Science
- Sejarah
- Pendidikan Islam
- Pelajaran Jawi
- Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan