• Free SHIPPING for orders over RM100 || Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • kuasa.png
  • Kuasa-Kepemimpinan-Cover-RED-X.jpg
  • photo_2022-06-09_14-20-50.jpg
  • photo_2022-06-09_14-20-37.jpg
DISCOUNT 15%

[PTS] KUASA KEPIMPINAN AL-FATEH EDISI 2017

RM 16.15
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: PTS

Penulis: MUHAMMAD SYAARI ABDUL RAHMAN


"Konstantinopel jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera " - Nabi Muhammad SAW


Muhammad Al-Fateh disebut-sebut dan dikagumi ramai. Apakah rahsia di sebalik kegemilangan namanya?



ISI KANDUNGAN


Kata Pengantar

Kata Pengantar

Prakata

Kaedah Penulisan 

Pendahuluan 

Fakta Asas Peristiwa 1453 Masihi 

Sejarah Hanya Bermakna Pada Ulil Albab 

Kuasa Semangat Pemuda 

Kuasa Pemikiran Strategik 

Kuasa Pemikiran Kreatif dan Inovatif 

Kuasa Kerja Berpasukan 

Kuasa Contoh 

Kuasa Pidato Berpengaruh 

Kuasa Iman dan Tawakal 

Kuasa Jihad dan Pengorbanan 

Kuasa Diplomasi dan Kebajikan 

Kuasa Bahasa 

Kuasa Sentuhan Ulama 

Kuasa Sistem Pendidikan Komprehensif 

Rumusan 

Akhir Kata 

Penawanan Konstantinopel Kali Kedua 

Bonus 2017 

Bibliografi


PENDAHULUAN


USMANIAH DI GELANGGANG SEJARAH


Surah al-Fath, ayat 23 menyatakan:

"Kekalahan mereka yang menentang Rasulullah itu menurut peraturan Allah yang berlaku semenjak dahulu lagi. Engkau tidak mendapati sebarang perubahan dalam cara dan peraturan Allah itu."

Umat Islam dihamparkan dengan pasang surut sejarah dan liku-liku peradaban yang panjang. Ada zaman keemasan yang menyerlahkan keajaiban aksi beberapa watak dan ada zaman kegelapan yang dipenuhi drama berkabung yang panjang. Kesemua fasa sejarah berlalu dengan benang merah yang menghubungkan fasa-fasa yang berpisah-pisah itu. Benang yang dimaksudkan adalah apabila umat Islam bersenyawa dengan Islam, kemajuan dan kekuasaan ke atas dunia diraih. Ini dibuktikan dengan dua pertiga dunia di tapak kaki Kerajaan Islam Usmaniah.

Memadai pidato Sulaiman al-Qanuni yang menggambarkan kekuasaan Islam sejauh Eropah Tengah ke Lautan Hindi dalam Deklarasi Bender, 1536 Masihi:

"Aku hamba Allah dan sultan di dunia ini. Melalui kurniaan Allah juga aku menjadi pemerintah umat Muhammad keseluruhannya. Kesabaran Allah dan mukjizat Nabi Muhammad, iaitu Quran adalah sahabat setiaku. Aku adalah Sulaiman yang namanya disebut-sebut dalam khutbah-khutbah di Mekah dan Madinah. Aku Shah kepada Baghdad, Caesar kepada Byzantine dan Sultan kepada Mesir yang menghantar armada laut ke lautan Eropah, Maghribi dan India. Aku adalah sultan yang mengambil mahkota dan takhta yang merendah diri. Voivoda Petru Raresh mengangkat kepalanya memberontak ke atasku, tetapi telapak kaki kudaku memijaknya tenggelam menjadi debu. Aku juga yang menawan tanah Moldovia."


Apabila umat Islam tergelincir daripada orbit Islam, kehinaan yang menakutkan ditimpakan ke atas mereka. Ini persis apa yang diperlakukan 200,000 tentera ganas Hulagu Khan ke atas 800,000 nyawa umat Islam dan khalifah terakhir Abbasiyah, al-Muktasim Billah. Khalifah, para pembesar Baghdad serta umat Islam dibunuh dan mayat mereka dicampakkan ke dalam Sungai Tigris. Bangunan-bangunan yang menjadi saksi ketamadunan Islam yang mempelopori ilmu sains dirobohkan. Hulagu Khan memusnahkan Baghdad dengan slogan datuknya, "Perkara yang nikmat dalam hidup kita adalah mengalahkan musuh, memancung leher mereka, merampas barang-barang berharga milik mereka dan mendengar tangisan orang yang mencintai mereka."


Your cart is currently empty.
Continue shopping