• rahsia.png
  • photo_2022-06-09_15-31-52.jpg
  • photo_2022-06-09_15-32-11.jpg
1
SALE

[PTS] RAHSIA MEMBINA RUMAH TANGGA SYURGAWI

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: PTS

Penulis: USTAZ DR. AZAHAR YAAKUB, USTAZAH DATUK DR. NORHAFIZAH MUSA & USTAZAH NURUL ATIQAH AZMAN


Simbolik kejayaan setiap manusia di dunia adalah memiliki keluarga bahagia. Saling menyayangi dan disayangi memenuhi keperluan fitrah dan impian manusia pada mental, fizikal, psikologi yang menjadikannya berpandangan luas dan bermotivasi menjalani kehidupan. Namun, alangkah baiknya kenikmatan dan kebahagiaan kekeluargaan ini diteruskan sehingga mencapai keredhaan Allah dan dipilih untuk bersatu di dalam syurga-Nya yang kekal abadi.

 

Ketahui rahsia dan hayati nasihat-nasihat membina rumah tangga berdestinasikan syurga dalam karya ini. Rahsia Membina Rumah Tangga Syurgawi mengumpulkan pesanan yang berstrukturkan amalan keluarga Rasulullah s.a.w. yang menuju keredhaan Allah.

Antara topik menarik adalah: 

Bahagian 1: Iman dan Akidah Punca Kekuatan Utama

Bahagian 2: Meneladani Keluarga Insan Teragung (Nabi Muhammad s.a.w.) Punca Kekuatan Utama

Bahagian 3: Ibadah Utama Raih Bahagia 

Bahagian 4: Syurgakan Akhlak Kita

Bahagian 5: Tenang Selagi Allah Menjadi Sandaran

Bahagian 6: Budaya Mahmudah Matlamat Tarbiah


Kata Pengantar

BAHAGIAN 1: IMAN DAN AKIDAH PUNCA KEKUATAN UTAMA 

Bab 1: Meyakini Kalimah Tauhid dalam Kehidupan 

Bab 2: Membangkitkan Cinta kepada Allah dan Meyakini Kewujudan-Nya 

Bab 3: Menjadikan Syurga sebagai Matlamat Utama

BAHAGIAN 2: MENELADANI KELUARGA INSAN TERAGUNG (NABI MUHAMMAD S.A.W.) PUNCA KEKUATAN UTAMA

Bab 4: Cara Mewujudkan Biah Solehah dalam Keluarga 

Bab 5: Contohi Akhlak Rasulullah s.a.w. dalam Mewujudkan Keluarga Bahagia 

Bab 6: Hidup dengan Penuh Kesederhanaan 

Bab 7: Jadi Setabah Khadijah dan Secerdik Aisyah 

BAHAGIAN 3: IBADAH UTAMA RAIH BAHAGIA 

Bab 8: Mengikat Tautan Hati dengan Solat Berjemaah 

Bab 9: Membanyakkan Zikir dan Fikir 

Bab 10: Menikmati Usrah Subuh 

BAHAGIAN 4: SYURGAKAN AKHLAK KITA 

Bab 11: Bagaimana Berakhlak Mahmudah? 

Bab 12: Menyedari Taklifan Khalifah adalah Amanah 

Bab 13: Menguruskan Kemahiran Berkomunikasi 

Bab 14: Lebur ‘Takabbur’ dengan ‘Tadabbur’ 

Bab 15: Mujahadah Melawan Nafsu 

BAHAGIAN 5: TENANG SELAGI ALLAH MENJADI SANDARAN 

Bab 16: Didik, Bukan Herdik 

Bab 17: Ruginya Workaholic 

Bab 18: Mempraktikkan Bersih dan Kemas 

Bab 19: Menyimpan untuk Masa Depan 

BAHAGIAN 6: BUDAYA MAHMUDAH MATLAMAT TARBIAH 

Bab 20:Keimanan adalah Kekuatan 

Bab 21:Kisah Salafussoleh Dijadikan Pedoman 

Bab 22: Delete Dosa, Install Pahala 

Bab 23: Selalu ‘Takafur’ Punca Syukur 

Bab 24: Berbicaralah dengan Tuhan-Mu 

Bab 25: Tidak Mudah Melatah Soal Kehidupan 

Bab 26:Akidah Penyuluh Kehidupan Insan 

Bab 27:Kemanisan Iman 

Bab 28: Menambah Baik Keimanan 

Bab 29: Mengubah Takdirmu 

Bab 30:Cinta Rasulullah 

Bab 31: Vaksin buat Hati


BAB 1 - MEYAKINI KALIMAH TAUHID DALAM KEHIDUPAN

Kita pernah mendengar tentang kisah dongeng Si Aladdin dengan Lampu Ajaib yang mana lampu tersebut akan mengabulkan tiga permintaanya sekelip mata. Begitu jugalah kita sebagai seorang Muslim, kita percaya 'lampu ajaib' itu adalah doa-doa kita dan Allah SWT akan mengabulkannya tanpa ada batasan waktu. Malah, Allah SWT memberikan sesuatu yang lebih indah dan sesuai dengan rencana-Nya yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.

Akan tetapi, adakah kita benar-benar yakin yang menyempurnakan segala hajat kita itu adalah Allah SWT? Ataupun sekadar usaha dan atas kekuasaan hamba semata-mata? Maka inilah yang perlu kita perbaiki dalam diri kita, iaitu dengan menggilapkan nilai tauhid dalam diri masing-masing. Hidup ini penuh ujian, begitu jugalah dalam rumah tangga yang dipenuhi pancaroba. Kekuatan itu akan terhasil bila mana kita memasakkan kalimah tauhid.