• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • yasin 02.png
  • kmnb_202204171540_0001 - Copy - Copy (3).jpg
  • wsdx_202204171541_0001 - Copy - Copy.jpg
DISCOUNT 15%

[PTS] YASIN & TAHLIL (PINK) - YASIN TAHLIL & DOA

RM 1.28
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: PTS


YASIN TAHLIL & DOA


KANDUNGAN


1. Surah Yasin

2. Doa Selepas Membaca Surah Yasin

3. Muqadimah Tahlil

4. Surah Al-Fatihah

5. Surah Al-Ikhlas

6. Surah Al-Falaq

7. Surah An-Nas

8. Surah Al-Fatihah

9. Surah Al-Baqarah

10. Doa Tahlil

11. Doa Penutup


Maksud Doa Tahlil


Segala pujian bagi Allah, Tuhan seluruh Alam, pujian yang melengkapi segala nikmatnya dan membalas segala limpah kurnianya. Wahai Tuhan kami, untukmu jua segala pujian sebagaimana yang selayaknya, lagi sesuai dengan kebesaran zat dan kebesaran Kerajaan Mu. Ya Allah, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW sebagai selawat yang akan manyelamatkan kami daripada segala macam ketakutan dan kehuruharaan, Engkau tunaikan dengan sebab selawat itu segala macam maksud dan hajat, Engkau bersihkan kami dengan sebabnya juga daripada segala macam kejahatan, Engkau angkatkan kami dengan sebabnya di sisi-Mu setinggi-tinggi darjat dan Engkau sampaikan dengan sebabnya sejauh-jauh tujuan kebaikan, baik semasa kami hidup mahupun sesudah kami mati. 

Maha suci Engkau ya Allah, tiada terhingga kami memuji-muji-Mu sebagaimana Engkau sendiri memuji-muji akan zat-Mu. Bagi Mu segala puji sebelum reda, bagi-Mu segala puji semasa reda dan bagi-Mu segala pup selepas reda. Ya Allah, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dalam kerajaanmu yang maha tinggi hingga ke hari kiamat. Cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke alas junjungan kami hingga mempusakai bumi ini berserta orang-orang yang berada di atasnya. Engkaulah Tuhan sebaik-baiknya yang mewarisi.


Ya Allah, wahai Tuhan kami, jadikanlah dan sampaikanlah serta terimalah pahala segala yang kami baca daripada ayat-ayat al-Quran, tahlil, perkataan istighfar, kalimah-kalimah zikir dan juga perkataan-perkataan selawat pada saat yang berkat ini, sebagai hadiah yang sempurna sampainya daripada kami dan sebar rahmat daripada-Ivlu yang mencucurinya, berkat yang meliputi sedekah yang dipersembahkan, yang kami hidang dan hadiahkan ke hadrat junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta isteri-isterinYa,
kaum keluarganya, sahabat-sahabatnya, pengikut-pengikut dan murid kepada pengikutnya, dari semasa ke semasa sehingga hari kiamat. 


Ya Allah, wahai Tuhan kami. Jadikanlah pahala seperti pahala yang tersebut tadi dengan ihsan yang berlebih-lebih, kebaikan kepada sekalian roh orang-orang yang dengan sebab mereka itu kami berkumpul di sini. Sampaikanlah ya Allah, pahala bacaan-bacaan seperti yang tersebut itu daripada kami kepada roh-roh mereka dan jadikanlah pahala-pahala bacaan itu sebagai suatu cahaya, menerangi dan bersinar di hadapan mereka. Gandakan ya Allah, akan rahmat dan keredaan-Mu kepada kami dan juga roh-roh mereka. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami. Jadikanlah juga pahala-pahala bacaan itu sebagai perisai, mengelakkan mereka daripada azab neraka, penyelamat daripada azab neraka, pendinding daripada azab neraka dan juga penebus daripada azab neraka. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami. Ampunilah mereka, Kasihanilah mereka, selamatkanlah mereka serta Maafkanlah mereka. (3 kali) 

Dan dalam keadaan yang seperti itu juga ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan kami yang kami lain itu kepada arwah sekalian datuk dan nenek kami, guru-guru kami dan juga kepada sekalian kaum Muslimin dan Muslimat dari timur hingga ke barat, walau di mana jua mereka berada. Ya Allah, wahai Tuhan kami. Jadikanlah kami dalam suratan kami dan suratan ibu bapa kami semuanya, dengan cucuran rahmat dan keredaan. Masukkanlah kami dan juga mereka ke dalam keluasan syurga. Ya Allah, Tuhan yang memberi berkat. Ya Allah, Tuhan yang mengurniakan Rahmat. Ya Allah, Tuhan yang mencipta tujuh petala langit dan bumi, Tuhan yang empunya Kebesaran dan Kemuliaan.

Ya Allah, wahai Tuhan kami. Pindahkanlah mereka itu semuanya daripada kesempitan lubang kubur dan liang lahat Syurga yang kekal abadi, menuju keperlindungan naungan yang berpanjangan, menerima air yang sedia bertuang, mendapat buah-buahan yang tiada bersukat, lagi tidak pernah terhenti dan diputuskan. Mendapat tilam yang empuk bersama-sama dengan orang yang Engkau kurniakan kepada mereka itu nikmat-nikmat. 

laitu daripada golongan nabi-nabi, orang-orang yang taat setia, orang-orang yang mati syahid, orang-orang yang soleh, yang kereka itu adalah sebaik-balk teman. Mohon limpah kurniamu jua ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat. 

Cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian. Sesungguhnya, segala pujian itu adalah bagi-Mu, ya Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. (Al-Fatihah)

Your cart is currently empty.
Continue shopping